Saya Nyaris Ditipu Beli iPhone 4
Anda tentu dah tahu iPhone 4 yang dah meletup di seluruh dunia. Di samping demam bola sepak, demam iPhone 4 pun apa kurangnya. Kira-kira 600,000 orang membuat pre-order berdasarkan statistik yang diberikan. That’s why iPhone boleh dikatakan penyumbang paling banyak kepada keuntungan syarikat Apple semenjak ia diperkenalkan 2007 lepas. Lihat betapa ramainya yang berebut-rebut mendapatkan iPhone 4 :
Minggu lepas, ketika saya mencari iPhone, saya mendapati harganya $199. Bila diperiksa, rupa-rupanya ia mesti didaftarkan dengan kontrak T&T (yang beroperasi seperti syarikat telekomunikasi Celcom, Digi & Maxis). Jadi, orang US kena subscribe pelan T&T dengan kontrak selama 2 tahun .
Dan minggu lepas juga, ketika saya mencari di eBay, ada yang menawarkan harga sehingga hanya $500 tanpa perlu ikat dengan sebarang kontrak. Itu dalam RM harganya kira RM1,900. Tapi disebabkan saya ni jarang berurusniaga di eBay, saya tanya penjual bertubi-tubi untuk memastikan harga dan produk tersebut akan dihantar atau tidak.
Bila berurusan, kononnya, dia kata :
- Sebelum bayar, kena hubungi melalui email terlebih dahulu.
- Bila dah email, dia cakap mintak semua butiran saya. Pelik dah.
- Dia cakap, produk akan sampai dalam tempoh 2 hari. Saya pelik la, sebab masa tu iPhone 4 belum dihantar lagi oleh syarikat Apple sendiri. Malah, tiada di mana-mana stor Apple lagi. (Sebelum 23 Jun 2010). Lagi pelik. Saya jangka ia akan sampai dalam bulan Julai (bulan ni la).
- Kemudian, bila nak tengok gambar stok-stok yang dia ada, dia cakap tak boleh bagi. Sebab takut saya sebarkan dan guna gambar tu dalam jualan di eBay, dan sekaligus digunakan oleh penjual-penjual di eBay yang lain. Oh!
- Last-last, saya dapat invois dari eBay. Eh, pelik pulak emailnya!
Akhirnya, saya tarik nafas panjang. Sebabnya dia suruh bayar luar eBay, dan email pengesahan eBay yang digunakan, adalah email dengan nama domain bukan ebay!
Mujur saya cepat-cepat batalkan tempahan. Mahu rugi kalau tempah banyak-banyak! Kawan saya sendiri pernah ditipu RM12,000 sebab percaya akan harganya yang terlalu murah dan dibayar dengan Western Union.
Kemudian, alhamdulillah, akhirnya saya berjumpa dengan seorang penjual iPhone 4 yang boleh dipercayai. Dan ia sampai ke tangan saya. Alhamdulillah.
Dan lagi gambar bukti saya dah terima sekali dengan kotak dan isinya sekali.
Buat masa ni, saya tak nak bagitahu harganya, kecuali mereka yang betul-betul berminat. Saya akan terangkan di bawah bagaimana anda boleh tahu harganya, sekaligus menempahnya.
Petua Pembelian Produk di eBay (khususnya iPhone 4)
Orang yang nyaris tipu saya di ebay pun, mendapat 99,7% positif.
Cara nak kenal pasti :
1. Jangan pilih yang harganya TERLALU MURAH. Ia memang fake. Contoh, beli bundle dapat harga RM1,800 je untuk iPhone 4. Atau tawaran terlau bombastik, macam beli 5 stok, dapat FREE 2.
2. Jangan buat urusan pembayaran di luar sistem pembayaran ebay. Selalunya ramai mintak bayar melalui Western Union dan sebagainya, yang sangat berisiko pastinya.
3. Kenal pasti nama domain pada email. Jika bukan ebay, ia memang tipu.
Lain-lain, boleh tanya mana2 pakar eBay.
Apa Kelebihan iPhone 4?
Saya akan terangkan secara kasar dan maklumat-maklumat penting.
Buat masa ni, hanya ada iPhone 4 dengan warna hitam. Warna putih ditangguhkan penghantarannya oleh Apple. Kelebihan utamanya kini pada :
- FaceTime : ada 2 kamera built in (depan dan belakang) untuk video call antara 2 pemilik iPhone 4, dalam kawasan Wifi.
- Retina Display : Resolusi skrin dan ketajaman gambar sehingga 4 kali ganda!
- Multitasking : Kemampuannya untuk membuka banyak application dalam satu-satu masa. Pembeli iPhone 3G dan 3Gs pun tak dapat fungsi ‘multitasking’ ini walaupun sudah diupgrade ke iOS 4.
- Kamera : Kamera dengan 5.0 megapixel. Jauh lebih baik dari sebelum ini iPhone 3G dan 3GS dengan 3.2 megapixel.
- HD Video : Video yang boleh dirakam dengan kualiti yang sangat tinggi (HD).
- Nipis : Dikatakan 20% lebih nipis dari iPhone sebelum ini. Paling nipis di dunia? entahlah.
- Skrin Besar : Sangat sesuai untuk web browsing yang sangat memuaskan. Inilah tujuan utama saya membelinya.
- Untuk web rasmi iPhone 4, layari : http://www.apple.com/iphone/
- Ditempah dari US. Fresh lagi
Berminat Dapatkan iPhone 4 Pada Khamis Ini, 8 Julai 2010?
Saya hanya buka kepada 15 orang sahaja.
iPhone 4 – Kapasiti 32 GB
atau
iPhone 4 – Kapasiti 16 GB
Tarikh akhir tempahan : Ahad, 3 Julai 2010. Jika selepas tarikh ini, mungkin akan dapat lewat.
Penghantaran : Boleh dapat pada 9 Julai, selepas saya ambil dari agen saya.
Jailbreak : untuk mendapatkan fungsi kesemuanya dalam iPhone 4 seperti Call, SMS dan kesemua application, iPhone perlu di jailbreak secara ‘illegal’. Malah kesemua iPhone 3G dan 3GS sebelum ni pun walau dibeli di Malaysia, kena dijailbreak. Agen saya akan bantu jailbreak secara PERCUMA setelah software jailbreak berjaya dikeluarkan dalam 1 – 2 minggu dari sekarang.
Sebelum jailbreak dikeluarkan oleh pihak tertentu (dalam 1 – 2 minggu dari sekarang), anda hanya boleh guna internet melalui Wifi, kamera dan video serta beberapa aplication lain.
Simkad : Simkad juga menggunakan micro simkad. Agen saya juga akan bantu potong simkad anda agar boleh dimasukkan ke dalam iPhone 4.
Case Sahaja : Buat masa ni, kena tempah. Harganya RM279. Ini harga case/sarung dia sahaja.
UPDATE : Jualan & Offer Dah Ditutup!
UPDATE : Jualan & Offer Dah Ditutup!
UPDATE : Jualan & Offer Dah Ditutup!
Tentang Penulis
Mawardee adalah salah seorang usahawan internet yang telah berkecimpung sejak 2007 dan kini sudah memiliki empayar perniagaan sendiri, bermodalkan beberapa ratus ringgit sahaja. Dengan pelbagai kejayaan dalam perniagaan ebook, affiliate & software, beliau kini semakin aktif mengembangkan ilmunya kepada umum dengan pelbagai cara, termasuklah melalui blog ini.
Twitter | Facebook











berapa harga iphone 4?camne nk beli harga xtau..
Kalau nak tahu, kena SMS saya. No tel : 013-3608849
iPhone 4, teknologi terkini yang mempunyai pelbagai ciri dan aplikasi, sesuai di semua peringkat umur dan karier. Tahniah kepada saudara Mawardee yang membawa khas iphone 4 kepada peminat iphone. Semoga usaha murni beliau dapat di kongsikandengan jayanya. ***Tapi saya baru sahaja beli dan pakai 2 blackberry. Hehe!
Salam, tuan mawardee..betul ke harganya RM279? kalau begitu sy nak order byk ni..
atau silap taip..
Jangan sesekali bayar diluar ebay bahaya susah nak tracking dan nak report pada paypal. Pastikan juga penjual mempunyai track rekod berniaga yg bagus. Tak semua penjual ebayar yang penipu.
Hard fan Ebayer since 2005.
wah harga casingnya sahaja dah beratus… namun terima kasih dengan info ni.. agar pengguna ebay lain lebih berhati2.. ish2 bila la nak merasa iphone ni… tengah dok pikir ipone ke nokia n900
Wah bahaya juga kalau membuat pembelian kalau tak kaji dulu betul2. Harap orang ramai lebih berhati-hati bile guna ebay
Apa beza bagitau di blog ni harga iphone dengan sms?
Hmmmm…
saya nak tanya apa yang di maksudkan Jailbreak?
Cepatnya dah sampai Malaysia
Fauzi, di atas tu saya ada bagitahu maksud jailbreak. Kalau software dalam windows, kita panggil ‘crack’.
Asas Website, ianya sampai Malaysia, hanya dengan menempah terus dari US.
Salam sejahtera,
Tahnih lah kerana dah dapat iphone tu. Memang kena hati-hati masa nak beli, kat mana-mana punada yang cuba tipu. Kena pula kita yang kurang pengetahuan berkaitan perkara tersebut.
Saya nak tanya.
Saya ada kenal seorang ebayer dari urusan dalaman jual beli di ebay.
Tiba-tiba dia email saya di gmail (luar ebay) untuk menjalankan transaksi 12K.
Saya tengok feedback dia di ebay banyak(ada 400 lebih) dan 99.7% positif.Adakah dia ni boleh dipercayai dan ada tak tips bagaimana saya boleh pastikan yang transaksi ini selamat?
mohon bantuan dari yang pakar..
Ya, orang yang tipu saya di ebay pun, mendapat 99,7% positif.
Cara nak kenal pasti :
1. Jangan pilih yang harganya TERLALU MURAH. Ia memang fake. Contoh, beli bundle dapat harga RM1,800 je untuk iPhone 4.
2. Jangan buat urusan pembayaran di luar ebay. Selalunya ramai mintak bayar melalui Western Union dan sebagainya.
3. Kenal pasti nama domain pada email. Jika bukan ebay, ia memang tipu.
Lain-lain, boleh tanya mana2 pakar eBay.
sangat2 berminat dengan iphone 4 nih..
rancang nak jual iphone 3g saya dulu…
tapi masih belum mampu beli lagi iphone 4 nih..huhu
sedih2..
jeles dengan mawardee dapat iphone 4..hehehe
Saya dah sms nak tanya harga, tapi takde respon pun….?
Salam mawardee..cam berminat..kenapa yang keluaran malaysia nanti ada kontrak dengan syrikat telekomunikasi..dijamin ka original..sy xpenah try lagi seumur hidup beli stail camni..salu nk beli phone belek2 kat kedai phone dulu
Memang original. Ya, nanti sampai Malaysia, memang ada kontrak
slm.. sy ingin tahu jika sy ambil ambil kontrak bagaiman “jailbreak” dan software2 lain ? adakah syarikat telekomunikasi tersebut akan membantu lakukannya ?
bro ada jual ker handphone tu ? berapa ?
Oh, maaf. Jualan dah ditutup. Hanya iPhone 4 sahaja.
Salam bro, mane nak dapatkan iPad?? Ade info?
makasih atas tipsnya