Sekitar Workshop ELIT 31 Oktober


Salam. Pada 31 Oktober (Sabtu lepas), saya telah membuat sesuatu yang sangat jarang dilakukan orang – memberikan ‘Bussiness In A Box’ atau ‘Bisnes Pasang Siap’ yang memberikan pelbagai tool pasang siap, pelan buat duit dan sebagainya yang boleh dipraktikkan terus. Tahun 2010 adalah tahun saya akan fokus kepada mereka yang 13 ini (lebih dari 10 kuota sepatutnya) di samping saya menjalankan projek saya yang lain (bukan seminar).

Jangan terkejut kalau mereka menjadi IM atau usahawan internet baru yang akan menempa nama 2010 nanti. Insya Allah. Ada yang dah bayar, saya terpaksa tolak kerana dah terlalu ramai. Malah yang rayu pun, saya mintak maaf sangat-sangat sebab saya terpaksa tolak atas sebab saya nak menjaga kejayaan & kualiti projek mereka agar berjaya dan saya boleh fokus kepada projek mereka dengan baik.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang workshop elit berlangsung :

gambar1

Setiap peserta diberikan penerangan strategi bernilai ribuan ringgit, pelan buat duit, idea projek setiap seorang, teknikal asas & teori hebat berkenaan cara buat ebook, asas buat web, dan servis setup web lengkap yang saya sediakan. Setakat ini, saya dapati memang keberkesanannya cukup tinggi sebab sebahagian besar mereka sudah mula menjalankan projek masing-masing! Wah, malah ada yang dah nak siap pulak tu! Dalam gambar adalah (dari kiri) encik Rosdhi, bro Hafizi, bro Mus, Encik Ikhsan, Puan Habsah & Puan Rohana.

gambar2

Ini pula ketika waktu rehat, makan-makan. Nampaknya bersemangat bercerita ketika makan – memang power la. Ilmu dan pengalaman pun nak dikongsi masa makan.

Dan di bawah adalah semua peserta workshop elit :

gambar3

Dari kini, Puan Rohana, Puan Suriyani, Puan Habsah, Encik Ikhsan, Encik Rosdhi, Bro Mus, Bro Hasbullah, Saya (Mawardee), Bro Hafizi, Bro Zulhanif, Encik Zulkifli, Encik Nasir dan Encik Syed Akil. Hehe, mesti ingat semua peserta VIP saya.

Semoga mereka berjaya, dan saya akan bantu mereka dalam bisnes masing-masing.

Ini pula gambar para peserta seminar pada 24 dan 25 Oktober 2009 :)

gambar3batch1

gambar11

PS : Kepada peserta-peserta seminar Perniagaan Internet & Affiliate pada 24 & 25 Oktober lepas, saya tak ada banyak gambar yang elok untuk disiar. Kalau sesiapa yang ada gambar sepanjang sesi seminar dan gambar ramai-ramai, boleh hantar ke email saya : sales [dot] mawardee [at] gmail [dot] com

Tentang Penulis

Mawardee adalah salah seorang usahawan internet yang telah berkecimpung sejak 2007 dan kini sudah memiliki empayar perniagaan sendiri, bermodalkan beberapa ratus ringgit sahaja. Dengan pelbagai kejayaan dalam perniagaan ebook, affiliate & software, beliau kini semakin aktif mengembangkan ilmunya kepada umum dengan pelbagai cara, termasuklah melalui blog ini.

Twitter | Facebook

Artikel Saya Lain Yang Anda Mungkin Berminat

Mawardee adalah salah seorang usahawan internet yang telah berkecimpung sejak 2007 dan kini sudah memiliki empayar perniagaan sendiri, bermodalkan beberapa ratus ringgit sahaja. Dengan pelbagai kejayaan dalam perniagaan ebook, affiliate & software, beliau kini semakin aktif mengembangkan ilmunya kepada umum dengan pelbagai cara, termasuklah melalui blog ini.

25 Comments Leave yours

  1. Da lame rasenye saye x sertai mane2 seminar. Bukan ape, bile berseminar ni, semangat dpt refresh semule. Paling seronok dapat berkongsi cerita dan cri rakan perniagaan.

    Anyway rase rugi sangat x dapat pegi seminar ni, terpikir gak nak pegi, komitmen lain mmg membantutkan kemahuan. Anyway gud luck mawardee. :)

  2. salam, mantop betul IMTAZ (IM + Ustaz) ni! Teruskan usaha memerakkan dunia IM di Malaysia!

  3. mawardee #

    Terima kasih, Adney & Fadzli.

    Sama-sama lah kita memarakkan IM Malaysia.

    Fadzli, ya tak mengapa. Kesibukan perkara biasa. Ada rezeki akan datang, insya Allah.

  4. MY #

    Terasa rugi tak dapat sertai bersama. Sabtu tu saya kendalikan satu bengkel, jadi melepas juga hal ini. InsyaAllah lain masa. JomTraining amat dekat dengan opis saya. Nanti saya send gambar masa seminar lepas. Thanks Mawardee berkongsi banyak ilmu.

  5. hafizizain #

    Salam.. Saya salah seorang peserta workshop elit mawardee. Apa yang saya boleh katakan disini ialah saya sangat2 berpuas hati dengan penerangan yg sangat jelas dari beliau. Dan beliau akan membantu kami dari mula perancangan sehingga pelancaran ebook nanti. Kini saya rasa bersemangat untuk menyiapkan ebook ni.. saya sarankan kepada semua, joinlah workshop mawardee..memang berbaloi…

  6. salam semua, saya pun xdapat pergi sebab anjurkan international event kat kuantan (bleh tgk artikel dalam Berita Harian harini…hehehe)

    Rugi betol rasanya..tapi dapat masuk seminar 24/25 Oktober haritu pun amat bertuah..hehe…banyak improvement yang dapat saya buat.

    Thanks to Bro Mawardee…hehehe

  7. mawardee #

    Terima kasih Hafizi.

    Saya suka semangat bro. :)

  8. mawardee #

    Izwan, baguslah.

    Saya pun rancang nak jumpa semua peserta seminar.
    Nak bantu apa yang patut. So far, orang dah berpengalaman
    macam bro Izwan memang tak ada masalah. :)

  9. wah…bestnye…rugi x pergi…keadaan x mengizinkan nak pergi…huhuhu…tp len kali akan cube untuk pergi.

  10. isham #

    seminar 24/25 oktober xde ke…

  11. Saya suka tenguk blog anda. Kemas dan teratur. Bukan itu saja. Blog anda membuatkan saya terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan saya dalam bidang internet business. Malangnya masa untuk saya meneruskan perjuangan ini amatlah singkat.
    Dengan kesempatan ini, saya berharap anda sudi membantu saya dengan menyemak website saya dan seterusnya memberi comment yang membolehkan saya terus bertahan didalam bidang ini.
    Anda boleh melayari website saya di http://www.ellmok.com dan http://www.ellmokhealth.com.
    sebarang comment dan nasihat dari anda amat di hargai.

    Salam & Terima kasih

    Mohtar Hj Hamdan
    @ Ellmok

  12. mawardee #

    Tulah isham.

    Kalau ada gambar, boleh hantar terus ke email saya:
    sales.mawardee@gmail.com

    PS : Gambar masa seminar haritu, bermasalah.
    Takleh nak letak kat blog.

  13. nanti kalau ada lagi dan ada masa terluang saya nak dtg.. kongsi2 :)

  14. mawardee #

    Richie nak datang sebagai peserta atau speaker? :)

  15. mawardee #

    Bagi yg masih merangkak2, jangan bimbang, saya memang nak follow up semua peserta saya setiap masa, malah nak jumpa lagi. Saya nak bagi diorang ada hasil, baru saya boleh buat lagi seminar. Takleh gak nak buat selalu. Baru ekslusif. :)

  16. terima kasih keran tidak berputus asa untuk membantu saya. apa-apa pun
    saya akan sentiasa menghargai apa sahaja yang saudara hantar kepada saya,
    cuma mungkin belum masanya untuk saya join lagi. mungkin dalam sedikit masa lagi. jumpa lagi nanti.

  17. Hi Mawardee
    Sy juga mahu bersungguh-sungguh utk membuat duit melalui internet kerana skrg sy tidak mempunyai kerja tetap. Terima kasih atas ebook Panduan Click Bank yg dihasilkan Mawardee. Sy tgh hadam maklumat2 nya.
    Satu lg sy bersungguh2 nak cari duit di internet sebanyak mungkin kerana……semalam isteri sy sudah sah hamil. Jadi sy mesti mencari rezeki utk keluarga. TQ

  18. Salam Mawardee,

    Ramai peserta workshop elit ni x nampak pula peserta dari sesi 25/10/09.
    Adakah ini peserta pada 24/10/09. Tak de ke gambar dari group 24/10/09.

    ps;tgk dalam gmbr 25/10/09, mcm saya pula speakernya..sbb dok tgh2..hehe

  19. Salam,

    Sy berminat sgt nak pergi worksyop nih, tapi banyak kerja sangat. Mawardee, bila pula nak ada di Penang…byk kena belajar pasal Internet Marketing nih..

    Ada masalah anak – anak lemah matematik.. jom ke minisite sy http://www.rahsiapowermatematik.com

  20. amran #

    Rugi terlepas masa bengkel coz ade hal yg xdpt dielakkan….Menanti juga bengkel yg akan dtg….T/ksh bnyk kerna membantu pada yg zero ini utk menmbah pendapatan tmbahan….TQ/Amran

  21. waw, hebat tu. bila pulak nak buat program di jb

  22. Salam Mawardi saya rasa saya berminat dengan kursus IM tu …tp tu hari saya banyak program….so kalau ada nanti saya join

  23. Alang Asan #

    Salam Mawardee. Saya tengah merangkak-rangkak ni untuk buat projek yang dah diberi pada Workshop Elit hari tu. Tengah menyusun idea ni supaya jadi teratur sket. maklumlah, ada banyak komitmen lain yg perlu dilunaskan. Tapi saya berazam untuk menyiapkan jugak projek ni………by hook or by crook! Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ketiak…hehehe…

    Ikhsan @ Alangasan

  24. mawardee #

    Semoga berjaya, encik Ikhsan. :)

  25. Luar biasa! Artikel yang menarik. Saya harus bookmark dulu. Thanks ya ;)

Leave a Reply






Saya yang dikenali sebagai Mawardee dalam dunia internet, mula mengorak langkah sebagai usahawan internet sejak 2007 pada usia 21 tahun. Kini dengan pelbagai kejayaan dalam dan luar negara dengan pelbagai model perniagaan internet, buat duit dan servis, beliau mula aktif berkongsi ilmu kepada umum, antaranya melalui perkongsian di blog ini.

Ebook 5k PERCUMA!

Dapatkan Laporan "Rahsia 5k" Yang Mendedahkan Bagaimana Saya Menjana RM5,850 Sebulan Secara PERCUMA.

Privasi anda keutamaan kami.



Ops, anda TIDAK boleh salin atau tiru artikel ini TANPA kebenaran saya!

Jika berminat untuk gunakan artikel atau imej di sini, sila mohon kebenaran dengan daftar borang di bawah ini:


Powered by Right Click Popup