Sedar Tak Surat Jualan Anda ____ ?
Menulis surat jualan sering dianggap mudah oleh sesetengah usahawan internet. Ada yang menyangka, jika diletakkan bonus dengan banyak dan berlambak-lambak, maka laman web anda akan menjual. Begitu juga jika diletakkan dengan harga murah, mereka menyangka produk akan terjual dengan pantas.
Menjadikan surat jualan (salesletter) sebagai ayat-ayat memujuk pelawat untuk membeli pada laman web mini, memerlukan teori & ilmu yang mencukupi.
Namun jika ilmu diperolehi tapi tak diaplikasi, maka apa yang jadi? Hanyalah tinggal abu yang tak berguna.
Bayangkan, dengan perbezaan hanya 1% dari segi kadar jualan, sudah cukup memberikan perbezaan yang sangat besar.
Baiklah. Saya bawakan contoh.
Terdapat 2 laman web yang menjual produk yang sama, dan kadar trafik yang sama (untuk mempermudahkan pemahaman). Kemudian …
Laman web A mempunyai ‘conversion rate’ sebanyak 0.5% disebabkan surat jualan yang dibuat oleh Ali.
Manakala laman web B pula mempunyai ‘conversion rate’ sebanyak 2% disebabkan surat jualan yang dihasilkan oleh Abu.
(conversion rate adalah purata jumlah jualan bagi setiap jumlah tertentu pelawat yang datang. Ia boleh dikira secara kasa dengan jumlah jualan dibahagi dengan jumlah pelawat, didarabkan dengan 100%)
Jika jumlah trafik yang datang ke dua-dua buah laman web tersebut adalah 1,000 orang sehari bagi produk yang berharga RM50, maka pengiraannya adalah sebagaimana berikut :
Laman web A : 0.5% x 1,000 pelawat = 5 jualan sehari.
Laman web B : 2% x 1,000 pelawat = 20 jualan sehari.
Dalam sebulan, laman web A hanya meraih 150 jualan = RM 7,500.
Dalam sebulan, laman web B sudah meraih 600 jualan = RM 30,000.
Ya, hanya disebabkan oleh surat jualan yang tak ditulis dengan ilmu di dada, laman web A kekurangan sebanyak RM 22,500, walaupun trafik yang datang ke dua-dua buah laman web adalah sama.
Wah, besarnya perbezaan! Ini memang hakikat dan realiti. Jadi, belajarlah bagaimana untuk menghasilkan surat jualan yang hebat di laman web anda. Ia akan mengubah kadar jualan anda – hingga ke tahap yang akan mengejutkan anda.
Percayalah saya. Saya sendiri telah mengalaminya.
PS : Rekodkan ‘conversion rate’ surat jualan anda setiap masa. Anda akan tahu prestasi anda. Perbaiki dari semasa ke semasa.
PPS : Dalam masa sama, surat jualan adalah sebagai ‘profit booster’. Tapi jangan lupa untuk menarik trafik sebanyak mungkin ke laman web anda. Kerja anda menarik trafik dan mempromosi pastinya berbaloi-baloi.
Tentang Penulis
Mawardee adalah salah seorang usahawan internet yang telah berkecimpung sejak 2007 dan kini sudah memiliki empayar perniagaan sendiri, bermodalkan beberapa ratus ringgit sahaja. Dengan pelbagai kejayaan dalam perniagaan ebook, affiliate & software, beliau kini semakin aktif mengembangkan ilmunya kepada umum dengan pelbagai cara, termasuklah melalui blog ini.
Twitter | Facebook







sye suke dengan perumpamaan Matematik yg bro gunekan.. nampak jelas dan seronok.. haa
Ya, nak sedarkan betapa pentingnya surat jualan.
Mmg menarik, maybe in future boleh belajar dgn pakar mcm saudara dgn lebih details k….hope so…
satu perkongsian yang menarik..saya akui surat jualan mata penting dalam meningkatkan jualan selaingraffik dalam laman web.
Salam saudara mawardee,
Ye surat jualan merupakan salah satu senjata penting bg im. sebab tanpa surat jualan yang power lagi umpphhh, mungkin ramai yang hanya akan singgah ke laman web kita saja. bagi saya lah, surat jualan ada struktur die, mula dengan headline, subheadline dan sebagai nya. tak bole main letak jer.
Sebagai contoh, kita tahu headline mesti paling atas dan diikuti dengan subheadline yang akan menyokong ayat headline. Sub headline juga mesti kecil sikit tulisan berbanding headline. Tu salah satu struktur dan ada banyak lagi yang mesti kita tahu untuk menghasilkan surat jualan yang hebat.
Dan saya tahu surat jualan mawardee antara yang hebat juga.hehehe.
Ok tu je…
Salam
AmrilMuidz
Memang Surat Jualan adalah satu perkara yang amat penting, tetapi saya rasa memerlukan kebiasaan dan usha untuk mahir. kalau Boleh saudara mawardee buatlah ebook percuma contoh2 surat jualan yang power he..he. Thanks
Keren mas, saya baru tau tentang ini
apa yang ada di postingan ini benar adanya, saya setuju dengan anda.