Jangan Pakai HostGator
Bagi mereka yang berniaga di internet mahupun buat duit dengan blog serta apa saja yang berkaitan, saya sarankan anda guna hosting berbayar. Kalau anda hanya guna blogspot (www.blogger.com) dan lain-lain platform percuma, anda telah merisikokan nama perniagaan dan laman web anda.
Saya tak kata menggunakan platform percuma di atas, menyebabkan kita tak boleh buat duit. Bukan. Bukan begitu. Malah, saya dah jumpa mereka-mereka yang dah buat duit dengan hanya menggunakan blogspot.
Tapi, malangnya, antara yang saya selalu dengar, ada orang dah buat duit dengan blogspot, kemudian tetiba je pihak Google (yang telah membeli blogger.com/ blogspot.com) menutup blog tersebut, menghalang akses masuk sebagai admin dan macam – macam lagi la.
Sebab apa benda ni boleh berlaku ye? Hm … Jawapannya mudah saja. Dah blogger.com tu milik dia, ikut dia lah nak buat apa. Walaupun dia kata itu dan ini sebagai alasan menutup blog tersebut, tapi itu hak mereka. Dah benda percuma, kenalah jangka apa-apa saja boleh berlaku.
Alah, macam kita pinjam kereta kawan secara percuma la. Kalau kawan tu nak guna, takkan kita masih berdegil nak buat kereta tu macam harta kita sendiri. Ye tak? Kalau nak pergi jalan puas-puas dan boleh bawak ke mana saja, anda kenalah beli kereta sendiri. Tak kisahlah samada kereta terpakai mahupun kereta baru. Kalau sewa pun boleh juga, tapi kena ada duit la baru tuan punya badan bagi kita guna.
Itu analogi mudahlah. Takde pape yang rumit atau kompleks, ok.

Bukan tu saja. Kalau dalam perniagaan, anda seolah-olah ‘merosakkan’ reputasi perniagaan anda dengan mendaftarkan web di blogspot.com. Kalau dah nama perniagaan apatah lagi mereka yang mengajar orang lain buat duit, ia akan membuatkan orang tertanya-tanya :
“Kalau betul dah boleh buat duit, takkan beli nama domain dan hosting pun tak boleh?”
“Kalau betul ini syarikat sebenar, kenapa guna platform percuma je? Tak ada modal nak run business ke?”
“Setahu aku, budak-budak pun reti guna blogspot. Takkan company pun pakai blogspot gak?”
Itu antara suara-suara yang kita akan dengar kalau masih ‘berdegil’ nak pakai blogspot.
Jadi, dengan memilik hosting sendiri yang ‘berfungsi’ sebagai tapak untuk pembinaan laman web, anda boleh membeli apa saja nama domain. Sama .com, .com.my, .net dan sebagainya. Dengan cara ini, perniagaan dan blog peribadi anda kelihatan lebih meyakinkan dan lebih professional. Tak caya, boleh try.
Orang akan nampak keseriusan kita. Mudahlah nak jual produk, mudahlah nak dapat penaja pengiklanan dan mudahlah mendapat pelawat setia.
Baiklah. Bila saya dah berceloteh pasal hosting ni, mungkin ada yang masih tertanya-tanya pakej hosting apa yang paling sesuai kita gunakan. Saya cuba memberikan jawapan seikhlas mungkin dan beserta sebab (jika perlu).
Apa Pakej Hosting Paling Bagus?
Dengan lambakan syarikat hosting di Malaysia mahupun antarabangsa, anda perlu memilih mengikut keperluan anda. Saya cuba memberikan beberapa tip yang anda boleh gunakan dalam memilih syarikat & pakej hosting terbaik untuk anda.
1. Pilih syarikat hosting yang menyediakan servis tip-top.
Kalau servis dah cemerlang, pelanggan pun seronok. Ada masalah atau persoalan, terus dapat diselesaikan. Lagi best kalau ada fungsi LIVE CHAT yang sentiasa ONLINE. Maknanya anda boleh terus chat dengan bahagian support syarikat tersebut tanpa perlu menunggu lagi. Yalah, kadang-kadang pelanggan pun ada jualan segera, atau urusan dengan pelanggan, dah tentu masalah hosting dan laman web perlu diselesaikan dengan segera.
2. Pilih pakej hosting mengikut keperluan anda.
Jika anda hanya mahu buat satu blog sahaja, saiz hard disk 50 MB pun dah lebih daripada cukup. Bila blog dah maju dan makin ramai pelawat, barulah upgrade dari sana. Tapi kalau pakai besar, lagi banyak website boleh dipasang dan banyak fail boleh disimpan.
3. Pilih pakej hosting yang menawarkan program affiliate. (ini adalah pilihan)
Di samping anda menggunakan pakej hosting tersebut, anda juga boleh menunjukkan kepada rakan-rakan tentang pakej hosting dan syarikat tersebut. Ia lebih mudah mendapatkan jualan, kerana berdasarkan testimoni dan kepuasan anda sendiri.
Jangan Pakai Hosting www.HostGator.com?
Berdasarkan pengalaman saya, jangan sesekali pakai hosting dari HostGator.com jika anda termasuk dalam kategori berikut:
- Jangan pakai HostGator jika anda hanya bercadang memakai satu atau dua laman web. Jika anda TAK nak pakai banyak laman web, banyak kempen affiliate, banyak produk nak dijual, dan banyak fail nak disimpan, maka HostGator.com bukan untuk anda.
- Jika anda rasa website anda takkan mempunyai trafik yang banyak sampai bila-bila, maka anda TAK payah pakai hosting 1,000,000 MB dan TAK pakai bandwith sekitar 1,000 GB bandwith. Setakat saya gunakannya, ia sangat bagus untuk saya kerana saya sentiasa mempunyai laman-laman web yang ada banyak trafik dan pengunjung setiap bulan (walaupun mungkin TAK sebanyak anda).
- TAK perlu guna www.HostGator.com kalau anda rasa TAK nak pakai banyak nama domain untuk banyak kempen affiliate, projek laman web dan sebagainya. Saya memang guna banyak nama domain, jadi saya perlukan HostGator.com
- TAK perlu guna HostGator.com jika anda TAK suka chatting dengan bahagian operator customer supportnya secara LIVE (secara langsung) dengan hanya klik di bahagian atas paparan webnya (LIVE CHAT). Saya lebih suka chat di HostGator kerana operatornya selalu ONLINE dan bersedia membantu saya walaupun pukul 3.00 pagi di tempat saya.
- Jika anda TAK nak diskaun murah dengan hanya membeli nama domain tanpa perlu lagi membeli tambahan hosting, maka TAK perlu beli HostGator.com. Kalau HostGator.com yang jenis Pakej Baby Plan, anda hanya perlu menambah seberapa banyak nama domain sahaja ($10.16) melalui NameCheap.com atau GoDaddt.com berbanding membeli pakej hosting baru sekitar RM50 – RM 150.
Jadi, kesimpulan saya, saya menyesal kerana TIDAK memilih HostGator.com dari awal. Sepatutnya saya dah jimat ratusan ringgit dengan hanya daftar satu pakej hosting HostGator sahaja.
Sebabnya sebelum ni saya juga ada daftar hosting lain, tapi dengan jumlah website saya yang semakin bertambah, saya mendapati saya jimat sekitar RM350 – RM 700 setahun hanya dengan melanggan HostGator.com
Ops, saya TAK paksa anda langgan HostGator jika anda TAK serius.
Cumanya, jika lain kali anda berminat, gunakan diskaun ini (SAH sehingga sebelum 1 November 2011 sahaja buat masa ni).
oct2011discount
Daftar HostGator di laman utamanya di sini (bukan link affiliate ni ye):
www.HostGator.com
Tentang Penulis
Mawardee adalah salah seorang usahawan internet yang telah berkecimpung sejak 2007 dan kini sudah memiliki empayar perniagaan sendiri, bermodalkan beberapa ratus ringgit sahaja. Dengan pelbagai kejayaan dalam perniagaan ebook, affiliate & software, beliau kini semakin aktif mengembangkan ilmunya kepada umum dengan pelbagai cara, termasuklah melalui blog ini.
Twitter | Facebook







