Workshop Affiliate di UIA Gombak


Sepanjang hari bertungkus lumus, akhirnya Workshop Affiliate di UIA Gombak berjalan dengan lancar. Ini je gambar yang ada sepanjang workshop tersebut :

gambarsesi2

Blog di atas adalah salah satu ulasan bagaimana workshop affiliate berlangsung.

Yes, saya memang tekankan praktikal sepanjang workshop. Namun, pengurusan masa sepanjang workshop memang mencabar kerana kehendak saya mahu semua orang ikut dengan jayanya 100%. Segala kelemahan akan diperbaiki untuk workshop di Johor dan Kuala Terengganu, supaya tiada satu orang pun tertinggal dan semuanya boleh mengikut sampai jaya.

Walaubagaimanapun, jangan bimbang. Saya akan hantar DVD rakaman sepanjang workshop ini terus ke pintu rumah para peserta. Jadi, manalah tahu kalau terlepas pandang dengan salah satu teknik, bolehlah rujuk semula dengan dvd rakaman ini. Saya mengupah videografi yang professional untuk merakam sepanjang workshop ini.

Tempat untuk ke workshop semakin berkurang. Saya tak kisah ramai atau sedikit yang datang. Bukan senang saya nak datang ke Johor & Kuala Terengganu jauh-jauh semata-mata nak mengajar affiliate secara praktikal, dengan kos yuran yang sangat murah.

Malah, saya jamin selepas ni, tak ada lagi harga sebegini murah untuk workshop praktikal yang sebegini hebat.

Buat terus dalam workshop saya!

Klik sini untuk sertai workshop affiliate sebelum terlambat, dengan kos serendah RM90 sahaja!

Kalau tak boleh datang ke workshop, boleh tempah DVD rakaman workshop sementara stok masih ada. KLIK SINI

Tentang Penulis

Mawardee adalah salah seorang usahawan internet yang telah berkecimpung sejak 2007 dan kini sudah memiliki empayar perniagaan sendiri, bermodalkan beberapa ratus ringgit sahaja. Dengan pelbagai kejayaan dalam perniagaan ebook, affiliate & software, beliau kini semakin aktif mengembangkan ilmunya kepada umum dengan pelbagai cara, termasuklah melalui blog ini.

Twitter | Facebook

Artikel Saya Lain Yang Anda Mungkin Berminat

Mawardee adalah salah seorang usahawan internet yang telah berkecimpung sejak 2007 dan kini sudah memiliki empayar perniagaan sendiri, bermodalkan beberapa ratus ringgit sahaja. Dengan pelbagai kejayaan dalam perniagaan ebook, affiliate & software, beliau kini semakin aktif mengembangkan ilmunya kepada umum dengan pelbagai cara, termasuklah melalui blog ini.

29 Comments Leave yours

  1. Tahniah kepada saudara mawardee sebab dapat buat kat uia haritu..

    terasa melepas pulak sebab saya memg nak pergi, tapi saya dapat emel dari saudara pun time tu dah nak dateline..so tak dapat nak join.kalau ada kat kl lagi bagitahu lah..mungkin saya nak join.hehehe

  2. Salam semua,
    Saya salah seorang peserta workshop di UIA, Gombak. Sekadar ingin berkongsi pendapat, workshop ini ringkas dan padat di samping menekankan kepada praktikal secara step by step……..sesuai utk newbie yg masih teraba-raba bagaimana nak memulakan langkah pertama dalam perniagaan internet. Workshop ini menekankan PERKARA ASAS yang perlu kita tahu sebelum melangkah lebih jauh dalam bidang ini…….semoga kejayaan milik kita bersama

  3. Salam,

    Alhamdulillah.. dapat gak berjumpa dan menuntut ilmu affiliate, walaupun masa mencemburui.. semoga dapat dimanfaatkan ilmu tu nanti..

    Terima kasih Mawardee.

  4. Che Wan Ruzil #

    Salam,
    Saya salah seorang peserta workshop saudara. Tahniah kerana telah berjaya membuatkan saya akhirnya mempunyai akaun hosting dan domain sendiri heheh..kalau nak ikutkan kerajinan sendiri tanpa dipaksa entah bila saya boleh bermula dengan serius. Saya sedang kembali menelaah ebook kit blogger yang lama ditinggalkan dan doakan semoga saya berjaya pula muncul dengan pengisian blog http://www.chewanruzil.com secepat mungkin..

  5. Antara pencetus kepada permulaan perjalanan buat duit di internet saya … Kursus yang lepas di hadiri, memang simple tetapi berkesan.

    Dah ada list sendiri sekarang …

    skit skit lelama jadi duit …

    tahniah !

  6. MY #

    Tahniah dengan penganjuran kali ini. Saya juga turut terlepas untuk join disebabkan ke Melaka atas urusan kenduri kahwin. Namun saya percaya, workshop yang Mawardee anjurkan sememangnya amat berbaloi. Banyak ilmu yang tersirat beliau kongsikan tanpa perselindungan. Tahniah sekali lagi.

  7. tak sabar nak p workshop kat trg

  8. Terima kasih sifu aka Mawardee. Memang best Workshop hari tu terutama yang baru nak mula terlibat dalam perniagaan online. Langkah awal, affiliate dulu. Teknik dan rahsia affiliate dah mula saya praktis. Tahniah dan terima kasih sekali lagi.

  9. Tahniah Bro,
    Bukan senang nak bagi pelajaran kepada satu dewan yang terdiri daripada pelbagai peringkat kemampuan.

    Semoga ramai lagi cikgu dalam bidang IT + bisnes akan muncul selepas ini.

  10. Salam untuk Mawardee,thank for info…sememangnya ben tahu tentang bengkel di gombak tu,tapi mungkin ben dah maklum tentang tugas pada hari tersebut dan tidak dapat hadir. Ben yakin satu masa nanti ben mungkin mengikuti bengkel Mawardee. Kalau ada arah tuju yang sama tidak mustahil satu masa kita akan jumpa.

  11. Sy salah seorang peserta di workshop UIA tempohari. Apa yg boleh sy katakan sy br sedar sy dah ada semua cara2 utk bergiat dlm affiliate cuma sebelum ini sy tak pernah menghadiri sebarang seminar atau workshop berkaitan perniagaan internet semua sumber pembelajaran sy dr ebook dan sumber2 percuma. Bila sy buat affiliate dlm seminggu dua sy stop sebab terfikir betul ke cara sy promosi ni? Jd stop kat situ sj sebab tak dpt sale. Bila join workshop tempohari Mawardee dedahkan cara2 promosi affiliate ada teknik yg diberitahu sy pernah buat tp tak lama sy stop sebab sy tak yakin dgn teknik tu. Bila Mawardee bgtau cara2 promosi dan kena konsisten serta sabar br sy sedar teknik2 yg sy buat tak berhasil sebab sy tak konsisten guna teknik tu. Kejap2 tukar cara promosi. Jadi bila balik dari workshop sy dah listkan teknik promosi yg ada dan sy dah pilih teknik yg sesuai dgn keadaan sy skrg. Mulai skrg sy akan fokus teknik promosi yg sy pilih dan buat sampai dpt sale. Target sy bulan Mac 2010 sy harap dpt buat RM1000 sebulan hanya melalui affiliate. Terima kasih Mawardee

  12. mawardee #

    Terima kasih semua sebab datang dan bagi sokongan.
    Bukan apa, saya tak untung apa sangat.

    Yang untung, anda sendiri sebab dapat praktis dan
    gunakan terus untuk buat affiliate cara betul.

    - Mawardee

  13. salam , mawardee ! penglibatan saya tempoh hari banyak mendedahkan saya kepada
    alam affiliate .insaAllah klu ada modal nak ke K Tegganu pula , nak belajar habis
    habisan dengan bro nanti.nak in-cam 5 angka sebulan.Doakan!!!!..

  14. Ada ke lagi workshop ni di Selangor/Wilayah Persekutuan KL/Melaka Ke? dapat sdra Mawardee email awal sikit.. yang kat UIA tak dapat join sebab dah booking kursus tempat lain lebih awal tak boleh batalkan.
    Harap-harap adalah pengajur lagi yang semacam sdra Mawardee ni yang sudi nak buat workshop sprti ni supaya newbie macam sy ni yang perlukan ilmu perniagaan internet ni dengan kadar bayaran sprti ini yang kami termampu.

    Terima kasih sdra Mawardee.

  15. Shams #

    Tahniah… Kursus yang diadakan di JB memang hebat… Cumaaaa… banyak yang teknikal. Kalaulah dapat diperpanjangkan hari kursus tentu semua dapat buat… Harapan saya, semua yang hadir berjaya dengan cemerlang…

  16. Kekadang kita rasa kita tahu sekadar dengan membaca, tetapi bila cuba sendiri baru tahu apa yang kita tak tahu. Terima Kasih dengan workshop yang dijalankan, kerana ianya menambah kemahiran dan pengetahuan. Selamat berjaya untuk semua.

  17. Antara kursus affiliate yang bagus dan praktikal, amat gerguna dengan program affiliate yang saya buat sekarang

  18. Salam….terima kasih kerana sudi datang ke johor untuk mengadakan workshop yang bermanfaat ini.Akhirnya terhasil juga 1 web yang di praktik semasa workshop,cuma tinggal nak istiqomah(berterusan) je dalam menulis yang terkini di web tersebut. Sila-sila lah semua yang melayari web Mawardee ini untuk mengakses website saya…terima kasih sekali lagi

  19. cun la bila mau wat workshop di jb

  20. Tahniah.. bila nak buat kursus di utara plk? Kalau nak buat, bagi tau lah. Teruskn usaha..studi jgn tinggal. :)

    ur elder sister, penang

  21. huzza84 #

    workshop tu memang bagus untuk yang baru nak kenal affiliate

  22. ibnarif #

    salam..

    terima kasih kepada saudara Mawardee kerana telah dapat memberi ilmunya secara jujur & praktikal… berbaloi saya dapat hadirkan diri di jb

  23. Syed Ahmd Zulkifli #

    Salam Mawardee & semua……..

    Saya adalah peserta workshop Affiliate saudara di UIA Gombak. Keraguan saya terhapus setelah menghadiri warkshop saudara tempohari. Maklumlah, dah ada Hosting & domain sendiri……. dan tak sabar pula nak tunggu DVD workshop tersebut untuk saya terus bergerak………..

    Terima kasih kepada Mawardee atas usaha workshop sebegini khusus bagi yg baru mcm saya ni.

    Salam ukhwah……….

  24. A’kum,

    Janganlah kecewa dengan sambutan yang kurang ini. Asalkan yang datang itu boleh memanafaatkan ilmu yang diajar itu, ia lebih berbaloi jika ramai yang datang tapi gagal untuk menghayati ilmu dicurahkan.

    Selamat berbakti dan selamat maju jaya.

    Terima kasih.

  25. Roy #

    Salam mawardi dan rakan2 workshop

    Terima kasih Mawardi,
    Setelah menyertai workshop anda,saya lebih mudah bergerak dengan ilmu yang anda sampaikan,sekarang saya dah panduan yang btol2 berguna untuk buit business di internet…Terima kasih lagi sekali…

  26. Memang Hebat, Menarik & Tertarik Program Yang dianjurkan Mawardee ni.
    Saya Bukanlah peserta dari UIA Gombak tetapi saya peserta dari JB.
    Banyak benda yang saya pelajari dalam workshop ini. Dalam workshop ini bukan sahaja teori malah praktikal sekali, memudahkan para peserta yang mengikuti program ini faham. Sebelum ni saya biasa dengar affiliate program tetapi tak tahu apa itu sebenarnya Affiliate Program Tetapi sekarang Bila orang tanya saya apa itu affiliate program, saya boleh terangkan secara terperinci.

    Siapa tak menyertai workshop ini amat rugi kerana nilai ilmu dalam workhop ini lebih bernilai dari wang ringgit yang kita keluarkan untuk join workshop ini.

    Tahniah Mawardee!!!

  27. adi #

    workshop yang sangat berguna pada saya, selama ini saya hanya membaca dai pelbagai panduan ebook. dgn latihan praktikal yang saya dapat dari workshop ni, baru saya tahu cara yang betul dan berkesan..

    terima kasih mwardee dan selamat pengantin baru…

  28. banjori #

    banjori ada join affiliate bisnestshirt.com tapi sampai skarang belum ada buyer,rupa-rupanya tak masuk banner iklan ! tapi mcm mana nak buat? dah cuba masukkan link saya tapi ruangan kosong di kotak kurungan tu kena masuk nama sape?kalau nama orang yang bakal kita nak iklan…adakah kena buat satu persatu setiap orang? saya akui belum ada autoresponder dll. berkenaan.

  29. tahniah atas seminar tersebut…

    http://bisnesku.com

Leave a Reply






Saya yang dikenali sebagai Mawardee dalam dunia internet, mula mengorak langkah sebagai usahawan internet sejak 2007 pada usia 21 tahun. Kini dengan pelbagai kejayaan dalam dan luar negara dengan pelbagai model perniagaan internet, buat duit dan servis, beliau mula aktif berkongsi ilmu kepada umum, antaranya melalui perkongsian di blog ini.

Ebook 5k PERCUMA!

Dapatkan Laporan "Rahsia 5k" Yang Mendedahkan Bagaimana Saya Menjana RM5,850 Sebulan Secara PERCUMA.

Privasi anda keutamaan kami.



Ops, anda TIDAK boleh salin atau tiru artikel ini TANPA kebenaran saya!

Jika berminat untuk gunakan artikel atau imej di sini, sila mohon kebenaran dengan daftar borang di bawah ini:


Powered by Right Click Popup