Hubungi Saya
Assalamualaikum / Salam Sejahtera.
Terima kasih kerana berminat menghubungi saya. Tapi sebelum anda menghubungi saya, anda hendaklah memastikan di kategori manakah tujuan anda ingin menghubungi saya?
1. Bertanya Soalan. Buat masa ni, saya tak layan mesej berbunyi macam mana nak buat duit etc. Ini kerana anda boleh dapatkan sendiri dari info & tips di blog ini sendiri. Bukan itu sahaja, malah saya juga menyediakan pelbagai produk percuma macam mana nak buat duit. Jika ingin bertanya, tajuk soalan anda janganlah terlalu umum.
2. Jemputan JV / Interview/ Review Produk. Untuk tujuan ini, saya sangat alu-alukan. Lebih baik jika anda mempunyai info yang jelas terdapat produk anda sebelum pelancaran, agar saya boleh nampak kesungguhan anda. Jika ada laman info atau kertas kerja mini, saya hargai. Tapi ikhlas cakap, saya tak suka jika anda memaksa saya untuk menerima produk anda atau memaksa saya menyertai team perniagaan anda, ini kerana saya perlu mempertimbang banyak faktor. Walaubagaimanapun, apa salahnya jika anda mencuba. Apapun, saya hanya bertumpu pada perniagaan internet dan lain-lain perniagaan atau cara buat duit yang sah di internet termasuklah Adsense etc.
3. Personal Coaching/Mentor. Buat masa ni, saya belum menyediakan khidmat personal coaching untuk anda berjaya dalam perniagaan internet. Tapi jika anda benar-benar berminat, sila maklumkan saya. Saya ada mengenakan caj, agar ianya adil untuk saya mengajar anda pelbagai teknik asas dan khas. Jika nak percuma, sila search sendiri maklumat dalam bahasa Inggeris di internet & memakan masa sehingga berbulan-bulan yang belum tentu berjaya (maksud saya, kadar kejayaan tu rendah jika tiada mentor sendiri).
4. Lain-lain Yang Difikirkan Penting / Urgent. Jika ya, anda juga dipersilakan menghantar mesej kepada saya. Saya akan cuba membantu atau respon selesaikan masalah tersebut, apatah lagi ia melibatkan produk yang saya jual atau apa-apa sahaja berkaitan saya.
Tentang Penulis
Mawardee adalah salah seorang usahawan internet yang telah berkecimpung sejak 2007 dan kini sudah memiliki empayar perniagaan sendiri, bermodalkan beberapa ratus ringgit sahaja. Dengan pelbagai kejayaan dalam perniagaan ebook, affiliate & software, beliau kini semakin aktif mengembangkan ilmunya kepada umum dengan pelbagai cara, termasuklah melalui blog ini.
Twitter | Facebook




