Blog Baru Mawardee di Sini !
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Akhirnya dengan niat penuh azam baru & memberikan nafas baru kepada perniagaan & rangkaian perniagaan saya yang biasa-biasa ni
saya telah pun membina blog baru.
Blog saya yang lama iaitu http://blogsendiri.com/blog adalah asalnya tertumpu kepada panduan buat blog, tapi disebabkan saya punya bidang bukan semata-mata blog, tetapi kepada internet marketing, grafik, niche & jualan MRR, maka saya rasa blog tersebut sudah tak sesuai untuk branding nama saya ni. Hehe
Saya menjangkakan pelbagai info baru samada asas atau advance untuk dikongsi di sini. Jadi bersedialah menghadapi ‘overload information’! Haha, tak ada masalah lah. Kesemuanya jika dipraktikkan, akan membawa hasil yang baik. Tapi jika ada kuasa fokus, anda akan mendapat hasil yang lebih menakjubkan.
Menambah ilmu & berfikir, akan merangsang otak kita dan mengaktifkan sinapsis antara saraf-saraf otak – jadi lambat la anda nyanyuk dan taklah otak tu jadi beku. Ye tak?
Sebenarnya saya belum lagi mempromosi blog ni, tapi dah ada yang datang. Saya ucapkan selamat datang. Bila semuanya dah ready, saya akan promosikan blog ini kepada umum. Maybe selepas exam terakhir saya semester ni pada 20 Jun 2009, saya akan mula promosi besar-besaran.
Tentang Penulis
Mawardee adalah salah seorang usahawan internet yang telah berkecimpung sejak 2007 dan kini sudah memiliki empayar perniagaan sendiri, bermodalkan beberapa ratus ringgit sahaja. Dengan pelbagai kejayaan dalam perniagaan ebook, affiliate & software, beliau kini semakin aktif mengembangkan ilmunya kepada umum dengan pelbagai cara, termasuklah melalui blog ini.
Twitter | Facebook







salam,
Saya ada menerima email dari anda mengenai 7 day profit, tetapi saya tak sempat kerana saya ada di kampung. Boleh buka lagi tak penjualannya kepada saya, saya memang nak beli tetapi tak sempat
Wah… blog baru Mawardee lah!
Mesti best ni…
ps. Kalau di blog dulu, sentiasa ada free gift untuk apa-apa, harap dapat teruskan kesinambungannya di sini… huhuhu…
- Usahawan Internet, IM Zainun
setria,
Ya,boleh. Buat pembayaran ke akaun saya. Saya akan sahkan pembayaran selepas saya cek bukti pembayaran awak. Awak sorang je ye
IM Usahawan, takper. Takde masalah.
saya pun nak beli jugak…boleh keee..
terimakasih jemput saya,sungguhpun dah lama kenal mawardee,tapi baru sekarang g kat blog dia,succes mawardee
Blog lagi tp dah ada pengunjung, memang class. Blog saya pun baru tp rasanya belum ada yang sudi menjenguk. Semoga Mawardee selalu sucess sebagai internet Melayu seperti Smartzul.
Terima kasih encik Zaki.
Kebanyakan pelawat datang dari list saya, termasuklah yang
datang melalui SEO.
Takpe, masih ada ruang untuk usaha, encik Zaki.
Banyakkan lawati blog orang lain dan forum orang
lain, sambil2 tak lupa tinggalkan link blog. Ye tak?
Dengan blog ini dpt belajar bnyk ilmu yg saya xtahu..teruskan usaha murni saudara..TQ/amran
Tgh buat training dengan Mawardee di K Terengganu. Sambil tu tengok2 lah contoh blog cikgu kami ni. Boleh tahan jugak…
Sape-sape yang masih beginner atau yang macam saya, baca dan cuba macam2 sampai taktau kat mana nak mula… Memang bagus ikut kursus saudara Mawardee ni.
Anuar
http://ideallyhealthy.com
membaca seluruh blog, cukup bagus