Akhirnya, Aku Terima Nikahnya…
Perkahwinan sering digambarkan sebagai tempat untuk membina rumah tangga yang bahagia. Tapi sebenarnya di sebalik perkahwinan, terselit tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan. Perkahwinan jangan dianggap sebagai tempat yang akan banyak menghabiskan duit kita. Anggaplah perkahwinan sebagai tempat untuk bersedekah, menambah zuriat keturunan dan untuk memenuhi tuntutan separuh agama yang dinasihatkan oleh Nabi.
Alhamdulillah, pada 22 Januari 2010 yang lepas, saya sempat mengadakan majlis akad nikah dengan pasangan saya, Balqis binti Mohd Sidik di Seri Iskandar, Perak. Alhamdulillah, dapat orang Perak, saya pulak orang Terengganu. Walaupun jauh, apa salahnya. :)
Ini gambar ketika majlis akad nikah. Sebenarnya, saya hanya memerlukan sekali lafaz saja. Tapi sebab ada sedikit kesilapan wali, saya terpaksa buat 2 kali. SATU KALI SAJA ye.
Asalnya, kami bercadang mengadakan secara kecil-kecilan. Tapi tak sangka sambutan agak meriah dan melebihi jangkaan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Pemberian maskahwin di Perak sebanyak RM101 sahaja. Alhamdulillah, wang hantaran tak ditetapkan oleh pihak perempuan malah diberi kelonggaran. Susah nak jumpa masyarakat sekarang yang meringankan beban wang hantaran si lelaki kepada perempuan. Namun, semua orang ada alasan dan sebab tersendiri untuk menetapkan wang hantaran dengan jumlah yang mereka mahu. Kalau di Kelantan & Terengganu, wang hantaran ‘disertakan’ sebagai wang maskahwin.
Namun, alangkah baiknya jika belanja wang hantaran diringankan. Lelaki tetap takkan lari tanggungjawab memberi nafkah walaupun jumlah wang hantaran tak seberapa. Yang penting, tanggungjawab si lelaki dapat dilaksanakan kepada isteri tercinta.
Doakan kami bahagia hingga ke anak cucu cicit dan seterusnya …
PS : Majlis kenduri perkahwinan di Perak dan Terengganu akan diadakan pada bulan Jun ini. Dibuat secara sederhana sahaja. Nanti saya akan jemput semua datang.
PPS : Sempena pernikahan saya, saya membuat promosi hebat untuk “DVD Affiliate” yang berharga RM397 asalnya, kini diturunkan kepada harga RM90. Harga ini hanya sah sehingga 30 Januari 2010 sahaja. Klik Sini Untuk Dapatkan DVD Affiliate Dengan Harga Diskaun 77%
PPPS : Mereka yang telah mendapatkan DVD Affiliate ini dengan harga RM397, sila tuntut dengan saya hadiah misteri bernilai RM320 yang saya takkan berikan kepada orang lain. Maklumat anda akan saya semak dalam email saya. Yang pasti, anda mempunyai hak jual semula terhadap produk ini. Hantar ke sales.mawardee@gmail.com untuk tuntut hadiah anda.
Tentang Penulis
Mawardee adalah salah seorang usahawan internet yang telah berkecimpung sejak 2007 dan kini sudah memiliki empayar perniagaan sendiri, bermodalkan beberapa ratus ringgit sahaja. Dengan pelbagai kejayaan dalam perniagaan ebook, affiliate & software, beliau kini semakin aktif mengembangkan ilmunya kepada umum dengan pelbagai cara, termasuklah melalui blog ini.
Twitter | Facebook









Tanhniah bro
Alhamdulillah….ermm….dapat orang perak eh….camner boleh dapat orang sana plak tuh..kawan masa study ke dee? (saya pun orang perak….jodoh nun ke Kedah!) itulah namanya jodon ketentuan yang Maha Esa..kita rancang, hanya DIA yang tentukan…..saya mendoakan agar anda sekeluarga dilimpahi rahmat dan berkat, insyaAllah…. PEACE!
Tahniah buat saudara Mawardee..
Semoga berbahagia sehingga akhir hayat dengan pasangan hidup..
salam..TAHNIAH!!! BUAT MAWARDEE,MOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT..INSYAALLAH..
Tahniah, congrate, mabruk Mawardee.
Saya doakan Mawardee dan pasangan bahagia dan kekal hingga ke Syurga. Semoga dengan pernikahan ini akan memberi seribu satu semangat dan dorongan kepada IM seluruh Malaysia yang masih bujang
-Ex Peserta Seminar Mawardee-
Assalamualaikum Mawardee & pasangan,
Tahniah sebab dah selamat mendirikan rumahtangga. Semoga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.
Selamat pengantin baru moga bahagia hingga ke akhir hayat.
alhamdulillah syukur….
moga bertambah rezeki mawardee
amin3x
nanti giliran saya pulak.. hehe
doakan ek..
caiyok3x… x sbr nyeeeeee
hehe
tpi yg pasti.. 1 KALI UCAP AKAD JE.. HEHE
jgn mare…
gurau
dari khalifah
http://www.promosihebat.com
http://www.carcontinueloan.com
tahniah… sama cantik sama padan.. semoga berbahagia selama2nya
tahiniah.. smga kekal selamanya…
Salam…
Tahniah Sdr Mawardee, Selamat Pengantin Baru…mesti dah lega sikit dah lepas nikah kan…
InsyaAllah giliran saya awal tahun depan…:)
salam. Tahniah. Semoga membina masjid berkekalan hingga akhir hayat.
c0ngratz..neway,hepi wedding day..^_^..wish all da hapiness belong to u…
Selamat Pengantin Baru…
Semoga berbahagia ke akhir hayat… berbahagia di dunia dan juga di akhirat
Amin….
De`Rajearman
Tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga anda dan isteri berbahgia selalu hingga akhir hayat.
selamat pengantin baru..hehe
Salam… Tahniah, selamat pengantin baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
Naik tinggi terasa gayat,
Semoga kekal sepanjang hayat.
SELAMAT PENGANTIN BARU buat Mawardee dari kami sekeluarga..semuga berkekalan sehingga ke anak cucu..dan akhir hayat.
tahniah…tahniahhh
Tahniah. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat dan dikurniai anak yang soleh dan solehah.
Alhamdulillah, semuanya selamat..Selamat pengantin baru..semoga bahagia keanak cucu.
rgds.nizamadib
Tahniah buat sdr Mawardee,
Selamat Pengantin Baru n di doakan agar bahagia sampai ke akhir hayat.
Tahniah…..
salam.. taniah.. semogo berkekalan amin…
TAHNIAHHHHH DAN SELAMAT DATANG KEALAM PERKAHWINAN
Salam mawardee,
Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat saudara.
Moga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.
Moga selepas ini akan bertambah rezeki..dari Yang Maha Esa.
Kiranya kita dah jadi ahli kelab yang samalah..
Kelab Suami Mithali..hehe!
Salam & Ucapan tahniah buat anda Mawardee…..
Walaupun dalam kesibukan melancarkan ” DVD Affiliate ” terpakasa membuat persediaan bagi Majlis Perkahwinan anda berdua. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar…
” Selamat Pengantin Baru, semuga diberkati ALLAH dan dipanjang jodoh hingga ke akhir Hayat serta beroleh Kejayaan Selalu buat anda sekeluarga ” amiiin.
salam….tahniah Mawardee….selamat pengantin baru….semoga bahagia ke anak cucu….
Tahniah dan selamat pengantin baru….
dari krew
http://www.screwnuts.blogspot.com
Selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia dunia akhirat.
Tahniah, semoga berkekalan hendaknya, Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
tahniah dari saya orang dungun tuk mawardee orang batu 6 kot, kt, btl ke?
Tahniah Mawardee,
Semoga Bahagia hingga ke anak cucu…
Alhamdullilah tahniah semoga bahagia dunia akhirat, anda dah berjaya menyelamatkan separuh dari iman.Nak tahu juga ,Perak tu kat mana?Mana le tahu ,kalau dekat dengan kampong saya dan dapat seru pulak boleh le saya datang.
tahniah…… semoga bahgia ke akhir hayat…
Salam…tahniah dari sy & keluarga.
Moga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.
“SELAMAT PENGANTIN BARU”
tahniah buat saudara..saya org kedah dpt jodoh org sabah…lg jauh..hehe..tp tula jodoh ketentuan Yang Maha Esa..kita rancang mcm mana pun,tp jika Dia dah tetapkan yg lain,lain jugak jadinya…cepat2 dapat baby!
Selamat Pengantin Baru Mawardee….Bahgia ke akhir hayat.
Kita berumah tangga bkn utk 1 hari atau 1 bulan atau 1 tahun tapi sepanjang
hayat…banyak ranjau dan duri cabaran dan dugaan akan kita
hadapai…tempohilah semua itu dengan bijak dan tawakkal..
Rahman
selamat pengantin baru.bahagialah hendaknya hingga keanak cucu..
Syukur dan tahniah mawardi.Selamat pengantin baru.Semoga berbahagia hingga keakhir hayat.Sesungguhnya perjalanan hidup ini masih jauh lagi untuk ditempuhi
die…
tak sangka…dlm byk2 mnde yg aku tau pasal mu,
ni je yg aku tak tahu lg…
smpainya hati dok bgtahu aku mu dah kawen.
sedih!
aku tahu ni pun kebetolan je.
terkedu aku.
apapun, harap kamoo bahagia..
wassalam.
Alhamdulillah, semoga jodoh di berkati dan bahagia bersama selamanya.
salam..tahniah bro….he he..
Tahniah Saudara Mawardi,Semoga jodoh anda berkekalan hingga ke akhir hayat..
Tahniah saudara mawardee
selamat pengantin baru. moga berkekalan ke akhir hayat. cpt2 timang anak
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru.Jgn tunggu lama2 utk timang cahaya mata.The more the merrier beb….
tahniah semoga berbahagia n kekal hingga ke anak cucu..selamat pengatin baru utk saudara..
Selamat pengantin baru buat mawardee.. Semoga berbahagia ke anak cucu..
Selamat Pengantin Baru dan tahniah dr.saya buat sdr.Mawardee.Moga bertambah rezeki anda lagi selepas berkahwin .InsyaAllah…..Amin
saya pun tinggal si seri iskandar. di bandar universiti. saya bekerja di PUSTAKA ALEEYA. mungkin isteri saudara tau. kalau turun ke seri iskandar call saya, saya nak jumpa saudara untuk tahu lebih lanjut tentang perniagaan ini.
selamat pengantin baru walaupon lambat beri ucapan tapi tetap baru semuga bahagia kakhir ayat jangan tak sampai dapat 10 mahadir mau 70 juta