Akhirnya, Aku Terima Nikahnya…
Perkahwinan sering digambarkan sebagai tempat untuk membina rumah tangga yang bahagia. Tapi sebenarnya di sebalik perkahwinan, terselit tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan. Perkahwinan jangan dianggap sebagai tempat yang akan banyak menghabiskan duit kita. Anggaplah perkahwinan sebagai tempat untuk bersedekah, menambah zuriat keturunan dan untuk memenuhi tuntutan separuh agama yang dinasihatkan oleh Nabi.
Alhamdulillah, pada 22 Januari 2010 yang lepas, saya sempat mengadakan majlis akad nikah dengan pasangan saya, Balqis binti Mohd Sidik di Seri Iskandar, Perak. Alhamdulillah, dapat orang Perak, saya pulak orang Terengganu. Walaupun jauh, apa salahnya. :)
Ini gambar ketika majlis akad nikah. Sebenarnya, saya hanya memerlukan sekali lafaz saja. Tapi sebab ada sedikit kesilapan wali, saya terpaksa buat 2 kali. SATU KALI SAJA ye.
Asalnya, kami bercadang mengadakan secara kecil-kecilan. Tapi tak sangka sambutan agak meriah dan melebihi jangkaan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Pemberian maskahwin di Perak sebanyak RM101 sahaja. Alhamdulillah, wang hantaran tak ditetapkan oleh pihak perempuan malah diberi kelonggaran. Susah nak jumpa masyarakat sekarang yang meringankan beban wang hantaran si lelaki kepada perempuan. Namun, semua orang ada alasan dan sebab tersendiri untuk menetapkan wang hantaran dengan jumlah yang mereka mahu. Kalau di Kelantan & Terengganu, wang hantaran ‘disertakan’ sebagai wang maskahwin.
Namun, alangkah baiknya jika belanja wang hantaran diringankan. Lelaki tetap takkan lari tanggungjawab memberi nafkah walaupun jumlah wang hantaran tak seberapa. Yang penting, tanggungjawab si lelaki dapat dilaksanakan kepada isteri tercinta.
Doakan kami bahagia hingga ke anak cucu cicit dan seterusnya …
PS : Majlis kenduri perkahwinan di Perak dan Terengganu akan diadakan pada bulan Jun ini. Dibuat secara sederhana sahaja. Nanti saya akan jemput semua datang.
PPS : Sempena pernikahan saya, saya membuat promosi hebat untuk “DVD Affiliate” yang berharga RM397 asalnya, kini diturunkan kepada harga RM90. Harga ini hanya sah sehingga 30 Januari 2010 sahaja. Klik Sini Untuk Dapatkan DVD Affiliate Dengan Harga Diskaun 77%
PPPS : Mereka yang telah mendapatkan DVD Affiliate ini dengan harga RM397, sila tuntut dengan saya hadiah misteri bernilai RM320 yang saya takkan berikan kepada orang lain. Maklumat anda akan saya semak dalam email saya. Yang pasti, anda mempunyai hak jual semula terhadap produk ini. Hantar ke sales.mawardee@gmail.com untuk tuntut hadiah anda.
Tentang Penulis
Mawardee adalah salah seorang usahawan internet yang telah berkecimpung sejak 2007 dan kini sudah memiliki empayar perniagaan sendiri, bermodalkan beberapa ratus ringgit sahaja. Dengan pelbagai kejayaan dalam perniagaan ebook, affiliate & software, beliau kini semakin aktif mengembangkan ilmunya kepada umum dengan pelbagai cara, termasuklah melalui blog ini.
Twitter | Facebook









Salam..
Alhamdulillah…
TAHNIAH….
Selamat Pengantin Baru buat mawardee dan pasangan.
semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat…insya-allah.
assalamualaikum !! wah kawin dah kome ye.
selamat menempuh asam garam berumahtangga. Den bulan 3 ni nak masuk 3 orang dah ekou cubo torai potong tengok.
he he he he.den gurau yo.
pepehal pun den sekeluargo ucapkan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat buat kou dan bini kou.
amin.
tahniah abg mawardi..
barakallahulakuma…
Terima kasih untuk blog yang menarik
Tahniah…agak terlambat tapi dah lama nak ucapkan…mawardee,bulan madu kat mana??isteri skrg dah ada tanda-tanda lom??
Alhamdullilah dah selamat….tahniah saya ucapkan…
Selamat pengantin baru dan tahniah. Bagai pinang di belah dua.:)
Semoga kekal hingga akhir hayat
selamat pegantin baru..semoga bahagia ke anak cucu:)
thanks info yang sangat dahsyat.salam action