Blogging
Jangan Pakai HostGator
Bagi mereka yang berniaga di internet mahupun buat duit dengan blog serta apa saja yang berkaitan, saya sarankan anda guna hosting berbayar. Kalau anda hanya guna blogspot (www.blogger.com) dan lain-lain platform percuma, anda telah merisikokan nama perniagaan dan laman web anda.
Saya tak kata menggunakan platform percuma di atas, menyebabkan kita tak boleh buat duit. Bukan. Bukan begitu. Malah, saya dah jumpa mereka-mereka yang dah buat duit dengan hanya menggunakan blogspot.
Tapi, malangnya, antara yang saya selalu dengar, ada orang dah buat duit dengan blogspot, kemudian tetiba je pihak Google (yang telah membeli blogger.com/ blogspot.com) menutup blog tersebut, menghalang akses masuk sebagai admin dan
04 Sikap & Perangai Pembaca Blog Anda
Adalah sangat penting sebenarnya bagi kita untuk memahami bagaimana seseorang itu membaca blog, perangai mereka sebelum mengemaskini blog mereka, kelakuan mereka ketika melayari internet, reaksi mereka tentang laman-laman yang mereka layari serta bagaimana reaksi dan respon mereka.
Bagi para pembaca, membaca kesemua isi kandungan adalah sangat melecehkan:
Membaca di depan skrin computer adalah seperti melakukan 10 kali tekan tubi dari perspektif mata kita. Ia sebenarnya lebih meletihkan kita berbanding membaca kertas di tangan, mengurangkan sehingga 60 peratus kelajuan kita ketika membaca artikel di kertas berbanding membaca artikel di hadapan skrin computer.Inilah sebabnya mengapa kita harus mengurangkan isi kandungan blog kita sehingga 50 peratus sekurang-kurangnya.
Pembaca sebenarnya tidak membaca:
Kajian tentang kebolehan seseorang untuk menghasilkan servis yang baik oleh Jakob Nielsen mencadangkan bahawa kebanyakan pembaca lebih gemar membaca isi-isi penting yang telah ditebalkan, ayat-ayat ‘hyperlink ‘ dan seumpamanya berbanding membaca sepatah demi sepatah.
Pembaca tidak mahu membazirkan masa mereka:
Pembaca-pembaca blog anda sebenarnya tidak cukup rajin untuk meneliti setiap ayat dan setiap perenggan di dalam artikel blog anda, mereka hanya mencari apa yang mereka kehendaki dan mahukannya secepat yang mungkin.
Pembaca menderita akibat informasi yang berlebihan:
Pelayar-pelayar internet akan dikelilingi oleh bermacam-macam maklumat apabila mereka mula menggunakan internet. Justeru, untuk menjimatkan masa, mereka selalunya hanya akan membaca apa yang mereka mahu. Tidakkan anda juga berfikiran begitu ketika memeriksa berita-berita terkini di Intenet dan Twitter ataupun gambar terbaru rakan-rakan anda di Flickr?
5







