Perniagaan Internet
Jangan Pakai HostGator
Bagi mereka yang berniaga di internet mahupun buat duit dengan blog serta apa saja yang berkaitan, saya sarankan anda guna hosting berbayar. Kalau anda hanya guna blogspot (www.blogger.com) dan lain-lain platform percuma, anda telah merisikokan nama perniagaan dan laman web anda.
Saya tak kata menggunakan platform percuma di atas, menyebabkan kita tak boleh buat duit. Bukan. Bukan begitu. Malah, saya dah jumpa mereka-mereka yang dah buat duit dengan hanya menggunakan blogspot.
Tapi, malangnya, antara yang saya selalu dengar, ada orang dah buat duit dengan blogspot, kemudian tetiba je pihak Google (yang telah membeli blogger.com/ blogspot.com) menutup blog tersebut, menghalang akses masuk sebagai admin dan
010 Cara Buat Duit Dengan Cuti Santai (Siri 2)
Oklah. Sebelum ni saya dah cerita panjang pasal apa itu Cuti Santai dan pengalaman berharga saya melaluinya. Alhamdulillah, selepas 1 hari Cuti Santai, saya sempat bersama isteri saya melahirkan anak pertama saya. Itu adalah kenangan yang saya takkan lupakan. Baiklah, straight to the point, ini adalah 10 idea buat duit dengan Cuti Santai.
10 Idea Buat Duit Dengan Cuti Santai
Ini antara yang saya sempat senaraikan :
1. Tawarkan servis buat ‘kad bisnes’ untuk bakal para peserta Cuti Santai. Sudah tentu dalam membina networking dan perkenalan dengan ramai usahawan internet di sana, anda perlukan ‘kad bisnes’ yang membolehkan anda memperkenalkan diri anda dan perniagaan anda. Anda boleh tawarkan servis buat ‘kad bisnes’ yang cepat (kadangkala mereka ni nak buat last-minute sebab sibuk sangat), kad bisnes yang mempunyai kalendar di belakang atau kad bisnes yang turut berfungsi sebagai voucher kupon untuk produk atau perniagaan anda.
010 Cara Buat Duit Dengan Cuti Santai (Siri 1)
Bagi mereka yang belum tahu apa itu Cuti Santai, mungkin saya perlu cerita sikit sebelum saya memberikan anda 10 idea yang anda boleh praktikkan samada sebelum, semasa atau selepas Cuti Santai.
Apa Itu Cuti Santai?
Cuti Santai kalau secara skemanya adalah satu kumpulan usahawan internet yang berkumpul secara santai untuk mengadakan aktiviti seperti ceramah, membina hubungan perkenalan dan membuka ruang kerjasama secara tak formal antara usahawan. Ini gambar saya menyertai Cuti Santai pada tahun lepas (2010) :

Di situlah saya mendapat inspirasi, semangat, ilmu dan yang paling penting adalah kawan-kawan. Jika hidup terlalu tension, tentunya banyak benda akan jadi tak kena dan mutu kerja pun tak seberapa.
07 Tips Pemasaran Email Gempak
Salam. Sering kali kita dimomokkan dengan pemasaran email sebagai satu cara untuk membuat duit dengan pantas dan dalam masa jangka panjang. Pasti sudah ramai yang faham dengan ‘term’ pemasaran email atau email marketing. Lambakan produk baru-baru ini pasal email marketing, sedikit sebanyak memberikan kita ‘kehangatan semula’ terhadap kuasa yang ada pada pemasaran email.
Apa Itu Email Marketing (Pemasaran Email) ?
Sebagai memudahkan perkataan, ianya adalah ‘satu cara promosi dan pemasaran dengan menggunakan email sebagai platform untuk berhubung dengan bakal pelanggan & pelanggan tetap anda’. Masakan tidak, walau bagaimana canggih pun sosial media seperti Facebook dan Twitter, namun email masih menjadi cara utama sebahagian besar daripada kita sebagai cara berhubung di internet, mahupun mendapatkan maklumat dari mereka yang kita daftar sebagai ‘subscriber’.
7 Tips Penting Pemasaran Email
Ada beberapa perkara asas yang anda kena tahu melalui teknik pemasaran menggunakan email ini, sebelum anda boleh memulakan kerja-kerja berkaitan teknik hebat ini:
15Masa Depan Affiliate 2011?
Apa Erti Tahun Baru 2011 Bagi Seorang Affiliate
Pertamanya, saya nak ucap selamat tahun baru 2011 kepada para usahawan internet, penggiat ebay, para penjual ebook, para pemerhati dan terutamanya para affiliate. Semoga tahun baru 2011 akan membuka lembaran baru dalam hidup kita.
Macam biasa, kita harus tanamkan azam di awal tahun baru sebegini. Tetapi apa guna azam jika tiada apa yang dilakukan. Pasal jenis azam pula, saya lebih suka sarankan anda berazam bukan pada kata-kata terlalu umum dan tidak jelas seperti:
“Azam 2011 saya nak buat duit dengan banyak”
“Tahun ni saya berazam nak lebih berjaya dalam perniagaan.”
Bukanlah salah menuturkan azam sebegini, tetapi ianya terlalu umum. Bukankah lebih baik bagi seorang affiliate untuk menetapkan azam seperti:
“Tahun 2011 saya nak jana RM1,000 sebulan dengan affiliate dan mengumpul 2,000 list”
“Azam saya tahun ni saya nak promosi di FB hingga mendapat 5,000 fans”
“Tahun ni nak lancar 2 ebook berkualiti dengan taraf mega launch”
Atau apa saja azam yang spesifik dan realistik. Sekurang-kurangnya, ia memberikan kita gambaran dan visual yang jelas apa yang kita hendak capai. Semakin jelas visual gambaran tersebut, semakin dekat kita dengan cita-cita tersebut. Haha, berlagak macam pakar motivasi pulak. Tapi itulah perkara penting yang kita mesti titikberatkan.
Jika tidak, azam akan terus jadi azam. Tiada apa yang boleh membantu kita, kecuali azam yang jelas serta doa + tawakkal.
Affiliate di Malaysia
Perkembangan bidang affiliate di Malaysia nampaknya semakin berkembang. Walaupun ramai yang tahu affiliate sebagai berikut:
30Workshop Affiliate di UIA Gombak
Sepanjang hari bertungkus lumus, akhirnya Workshop Affiliate di UIA Gombak berjalan dengan lancar. Ini je gambar yang ada sepanjang workshop tersebut :
Blog di atas adalah salah satu ulasan bagaimana workshop affiliate berlangsung.
Yes, saya memang tekankan praktikal sepanjang workshop. Namun, pengurusan masa sepanjang workshop memang mencabar kerana kehendak saya mahu semua orang ikut dengan jayanya 100%. Segala kelemahan akan diperbaiki untuk workshop di Johor dan Kuala Terengganu, supaya tiada satu orang pun tertinggal dan semuanya boleh mengikut sampai jaya.
29Affiliate – Memang Lumayan
Salam. Siapa cakap kat internet tak boleh buat duit? Buat duit HALAL lah maksud saya. Pengalaman saya selama 2 tahun lebih dalam perniagaan internet & affiliate, memang banyak mengejar saya erti penat lelah & kejayaan memang boleh dicapai oleh sesiapa pun. Melalui affiliate, saya telah berjaya menjana pendapatan yang agak lumayan. Alhamdulillah. Malah, saya pernah dapat Home Theater bernilai RM700 dengan PERCUMA! Tak percaya? Lihat gambar ni :
Mungkin ramai yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan affiliate.
Secara mudahnya, saya boleh katakan :
Anda Mempromosi Produk Orang Lain & Mendapat Komisen Bagi Setiap Jualan Yang Berlaku Melalui Hasil Promosi Anda
Sebagai contoh, produk berharga RM50, dan pemilik produk ini menawarkan komisen 50% (RM25) bagi setiap produk yang terjual melalui hasil promosi anda. Oleh itu, anda kenalah daftar sebagai agen promosi (atau juga dikenali sebagai agen affiliate) pada link yang akan ditunjukkan oleh pemilik produk tu. Berikut adalah contoh laman pendaftaran agen affiliate :
34














