Pembinaan Diri
Ayat Pertama WAJIB Dihindari Ketika Memulakan Ucapan Awam
Mungkin tak banyak seminar yang saya hadiri dan saya sendiri anjurkan sejak kebelakangan ini. Masih banyak yang saya perlu pelajari dalam memberikan ucapan mahupun membuat pembentangan. Dalam artikel kali ini, saya rasa perlu untuk saya sebutkan di sini SATU kesilapan yang selalu dilakukan oleh pemberi ucapan mahupun pembentang, terutamanya dalam ucapan/ ceramah/ pembentangan perniagaan, iaitu …
1. Sejak dari bangku sekolah lagi, saya agak kerap berada di pentas. Namun mula menonjolkan diri sebagai pengerusi majlis sejak awal sekolah menengah dan mempertajamkan praktikal pengucapan terima kasih kepada badan pengawas yang memberikan saya ruang dan peluang.
2. Namun, setelah menamatkan sekolah menengah, barulah saya belajar serba sedikit kesilapan demi kesilapan yang saya lakukan. Dan alhamdulillah, pengucapan berjaya diperbaiki dari semasa ke semasa. Melalui pembacaan sejak beberapa tahun lepas, saya mula menyedari ada satu ‘ayat yang selalu diucapkan’ oleh ramai penceramah, pembentang mahupun pemberi ucapan awam, yang saya perhati hatta mereka yang sudah terkenal pun melakukan kesalahan yang sama.
0





