Diari
10 Cara Buat Duit Dengan Cuti Santai (Siri 1)
Bagi mereka yang belum tahu apa itu Cuti Santai, mungkin saya perlu cerita sikit sebelum saya memberikan anda 10 idea yang anda boleh praktikkan samada sebelum, semasa atau selepas Cuti Santai.
Apa Itu Cuti Santai?
Cuti Santai kalau secara skemanya adalah satu kumpulan usahawan internet yang berkumpul secara santai untuk mengadakan aktiviti seperti ceramah, membina hubungan perkenalan dan membuka ruang kerjasama secara tak formal antara usahawan. Ini gambar saya menyertai Cuti Santai pada tahun lepas (2010) :

Di situlah saya mendapat inspirasi, semangat, ilmu dan yang paling penting adalah kawan-kawan. Jika hidup terlalu tension, tentunya banyak benda akan jadi tak kena dan mutu kerja pun tak seberapa.
0Ayat Pertama WAJIB Dihindari Ketika Memulakan Ucapan Awam
Mungkin tak banyak seminar yang saya hadiri dan saya sendiri anjurkan sejak kebelakangan ini. Masih banyak yang saya perlu pelajari dalam memberikan ucapan mahupun membuat pembentangan. Dalam artikel kali ini, saya rasa perlu untuk saya sebutkan di sini SATU kesilapan yang selalu dilakukan oleh pemberi ucapan mahupun pembentang, terutamanya dalam ucapan/ ceramah/ pembentangan perniagaan, iaitu …
1. Sejak dari bangku sekolah lagi, saya agak kerap berada di pentas. Namun mula menonjolkan diri sebagai pengerusi majlis sejak awal sekolah menengah dan mempertajamkan praktikal pengucapan terima kasih kepada badan pengawas yang memberikan saya ruang dan peluang.
2. Namun, setelah menamatkan sekolah menengah, barulah saya belajar serba sedikit kesilapan demi kesilapan yang saya lakukan. Dan alhamdulillah, pengucapan berjaya diperbaiki dari semasa ke semasa. Melalui pembacaan sejak beberapa tahun lepas, saya mula menyedari ada satu ‘ayat yang selalu diucapkan’ oleh ramai penceramah, pembentang mahupun pemberi ucapan awam, yang saya perhati hatta mereka yang sudah terkenal pun melakukan kesalahan yang sama.
0Akhirnya, Aku Terima Nikahnya…
Perkahwinan sering digambarkan sebagai tempat untuk membina rumah tangga yang bahagia. Tapi sebenarnya di sebalik perkahwinan, terselit tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan. Perkahwinan jangan dianggap sebagai tempat yang akan banyak menghabiskan duit kita. Anggaplah perkahwinan sebagai tempat untuk bersedekah, menambah zuriat keturunan dan untuk memenuhi tuntutan separuh agama yang dinasihatkan oleh Nabi.
Alhamdulillah, pada 22 Januari 2010 yang lepas, saya sempat mengadakan majlis akad nikah dengan pasangan saya, Balqis binti Mohd Sidik di Seri Iskandar, Perak. Alhamdulillah, dapat orang Perak, saya pulak orang Terengganu. Walaupun jauh, apa salahnya. :)
159Blog Baru Mawardee di Sini !
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Akhirnya dengan niat penuh azam baru & memberikan nafas baru kepada perniagaan & rangkaian perniagaan saya yang biasa-biasa ni
saya telah pun membina blog baru.
Blog saya yang lama iaitu http://blogsendiri.com/blog adalah asalnya tertumpu kepada panduan buat blog, tapi disebabkan saya punya bidang bukan semata-mata blog, tetapi kepada internet marketing, grafik, niche & jualan MRR, maka saya rasa blog tersebut sudah tak sesuai untuk branding nama saya ni. Hehe
Saya menjangkakan pelbagai info baru samada asas atau advance untuk dikongsi di sini. Jadi bersedialah menghadapi ‘overload information’! Haha, tak ada masalah lah. Kesemuanya jika dipraktikkan, akan membawa hasil yang baik. Tapi jika ada kuasa fokus, anda akan mendapat hasil yang lebih menakjubkan.
Menambah ilmu & berfikir, akan merangsang otak kita dan mengaktifkan sinapsis antara saraf-saraf otak – jadi lambat la anda nyanyuk dan taklah otak tu jadi beku. Ye tak?
Sebenarnya saya belum lagi mempromosi blog ni, tapi dah ada yang datang. Saya ucapkan selamat datang. Bila semuanya dah ready, saya akan promosikan blog ini kepada umum. Maybe selepas exam terakhir saya semester ni pada 20 Jun 2009, saya akan mula promosi besar-besaran.
11







