Affiliate
Masa Depan Affiliate 2011?
Apa Erti Tahun Baru 2011 Bagi Seorang Affiliate
Pertamanya, saya nak ucap selamat tahun baru 2011 kepada para usahawan internet, penggiat ebay, para penjual ebook, para pemerhati dan terutamanya para affiliate. Semoga tahun baru 2011 akan membuka lembaran baru dalam hidup kita.
Macam biasa, kita harus tanamkan azam di awal tahun baru sebegini. Tetapi apa guna azam jika tiada apa yang dilakukan. Pasal jenis azam pula, saya lebih suka sarankan anda berazam bukan pada kata-kata terlalu umum dan tidak jelas seperti:
“Azam 2011 saya nak buat duit dengan banyak”
“Tahun ni saya berazam nak lebih berjaya dalam perniagaan.”
Bukanlah salah menuturkan azam sebegini, tetapi ianya terlalu umum. Bukankah lebih baik bagi seorang affiliate untuk menetapkan azam seperti:
“Tahun 2011 saya nak jana RM1,000 sebulan dengan affiliate dan mengumpul 2,000 list”
“Azam saya tahun ni saya nak promosi di FB hingga mendapat 5,000 fans”
“Tahun ni nak lancar 2 ebook berkualiti dengan taraf mega launch”
Atau apa saja azam yang spesifik dan realistik. Sekurang-kurangnya, ia memberikan kita gambaran dan visual yang jelas apa yang kita hendak capai. Semakin jelas visual gambaran tersebut, semakin dekat kita dengan cita-cita tersebut. Haha, berlagak macam pakar motivasi pulak. Tapi itulah perkara penting yang kita mesti titikberatkan.
Jika tidak, azam akan terus jadi azam. Tiada apa yang boleh membantu kita, kecuali azam yang jelas serta doa + tawakkal.
Affiliate di Malaysia
Perkembangan bidang affiliate di Malaysia nampaknya semakin berkembang. Walaupun ramai yang tahu affiliate sebagai berikut:
30Workshop Affiliate di UIA Gombak
Sepanjang hari bertungkus lumus, akhirnya Workshop Affiliate di UIA Gombak berjalan dengan lancar. Ini je gambar yang ada sepanjang workshop tersebut :
Blog di atas adalah salah satu ulasan bagaimana workshop affiliate berlangsung.
Yes, saya memang tekankan praktikal sepanjang workshop. Namun, pengurusan masa sepanjang workshop memang mencabar kerana kehendak saya mahu semua orang ikut dengan jayanya 100%. Segala kelemahan akan diperbaiki untuk workshop di Johor dan Kuala Terengganu, supaya tiada satu orang pun tertinggal dan semuanya boleh mengikut sampai jaya.
29Affiliate – Memang Lumayan
Salam. Siapa cakap kat internet tak boleh buat duit? Buat duit HALAL lah maksud saya. Pengalaman saya selama 2 tahun lebih dalam perniagaan internet & affiliate, memang banyak mengejar saya erti penat lelah & kejayaan memang boleh dicapai oleh sesiapa pun. Melalui affiliate, saya telah berjaya menjana pendapatan yang agak lumayan. Alhamdulillah. Malah, saya pernah dapat Home Theater bernilai RM700 dengan PERCUMA! Tak percaya? Lihat gambar ni :
Mungkin ramai yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan affiliate.
Secara mudahnya, saya boleh katakan :
Anda Mempromosi Produk Orang Lain & Mendapat Komisen Bagi Setiap Jualan Yang Berlaku Melalui Hasil Promosi Anda
Sebagai contoh, produk berharga RM50, dan pemilik produk ini menawarkan komisen 50% (RM25) bagi setiap produk yang terjual melalui hasil promosi anda. Oleh itu, anda kenalah daftar sebagai agen promosi (atau juga dikenali sebagai agen affiliate) pada link yang akan ditunjukkan oleh pemilik produk tu. Berikut adalah contoh laman pendaftaran agen affiliate :
34












