4 Sikap & Perangai Pembaca Blog Anda
Adalah sangat penting sebenarnya bagi kita untuk memahami bagaimana seseorang itu membaca blog, perangai mereka sebelum mengemaskini blog mereka, kelakuan mereka ketika melayari internet, reaksi mereka tentang laman-laman yang mereka layari serta bagaimana reaksi dan respon mereka.
Bagi para pembaca, membaca kesemua isi kandungan adalah sangat melecehkan:
Membaca di depan skrin computer adalah seperti melakukan 10 kali tekan tubi dari perspektif mata kita. Ia sebenarnya lebih meletihkan kita berbanding membaca kertas di tangan, mengurangkan sehingga 60 peratus kelajuan kita ketika membaca artikel di kertas berbanding membaca artikel di hadapan skrin computer.Inilah sebabnya mengapa kita harus mengurangkan isi kandungan blog kita sehingga 50 peratus sekurang-kurangnya.
Pembaca sebenarnya tidak membaca:
Kajian tentang kebolehan seseorang untuk menghasilkan servis yang baik oleh Jakob Nielsen mencadangkan bahawa kebanyakan pembaca lebih gemar membaca isi-isi penting yang telah ditebalkan, ayat-ayat ‘hyperlink ‘ dan seumpamanya berbanding membaca sepatah demi sepatah.
Pembaca tidak mahu membazirkan masa mereka:
Pembaca-pembaca blog anda sebenarnya tidak cukup rajin untuk meneliti setiap ayat dan setiap perenggan di dalam artikel blog anda, mereka hanya mencari apa yang mereka kehendaki dan mahukannya secepat yang mungkin.
Pembaca menderita akibat informasi yang berlebihan:
Pelayar-pelayar internet akan dikelilingi oleh bermacam-macam maklumat apabila mereka mula menggunakan internet. Justeru, untuk menjimatkan masa, mereka selalunya hanya akan membaca apa yang mereka mahu. Tidakkan anda juga berfikiran begitu ketika memeriksa berita-berita terkini di Intenet dan Twitter ataupun gambar terbaru rakan-rakan anda di Flickr?
Nah, sekarang anda sudah tahu teknik-teknik membaca oleh para pembaca dan apakah matlamat mereka ketika membaca di Internet. Bagaimana anda boleh menggunakan kelebihan tersebut untuk menulis sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh para pembaca ketika melayari laman web ataupun blog anda?
Reka tajuk yang ringkas tetapi padat
·Masukkan apa yang anda war-warkan terus ke dalam perenggan pertama artikel anda.
·Isi-isi yang paling penting wajib dibincangkan terlebih dahulu.
·Gunakan bahasa objektif untuk membina kepercayaan dari pembaca.
Jangan berikan harapan semata-mata
·Jangan gunakan ayat-ayat melampau seperti ‘sempurna’ atau ‘terbaik’
·Berikan pembaca-pembaca anda informasi yang sepadan dengan propaganda anda.
Gunakan ayat, perkataan dan perenggan yang pendek.
Gunakan point (bullet point) dan tanda bacaan yang betul.
PS : Semoga tips kali ini membantu.
Tentang Penulis
Mawardee adalah salah seorang usahawan internet yang telah berkecimpung sejak 2007 dan kini sudah memiliki empayar perniagaan sendiri, bermodalkan beberapa ratus ringgit sahaja. Dengan pelbagai kejayaan dalam perniagaan ebook, affiliate & software, beliau kini semakin aktif mengembangkan ilmunya kepada umum dengan pelbagai cara, termasuklah melalui blog ini.
Twitter | Facebook







aku sangat setuju dengan post ni.. untuk menjadi blogger yg hebat kita mesti memahami pelawat di blog kita… hohohoho
aku pon pernah menulis tentang dapatkan trafik di blog dengan memahami pelawat.. hohoho
yup..mmg btul 2..tmasukla aku..xska bca ayat2 yg pjg lebar..hnya bca isi penting je…tmasukla bca salesletter…klu bca ayat pjg sgt..trus aku tggl je…huhu..
thx kpd sedara mawardee bagi tips yg berguna..hrp2 lepas ni..bleh la aku bjinak2 hasilkan blog yg mnarik dan berguna spt otai2 IM..InsyaAllah..
Tepat sekali seperti saya sbg pembaca blog macam nie lah selalu saya buat huhu
1 – Tidak mahu membazir masa
2 – Menderita akibat informasi berlebihan
Hehe…iyea ke diorang baca yg penting je. kalu cam2 ok ke kalu blog saya cuma ada point dan isi yg penting2 je. tak payah nak pikir ayat2 cinta yg panjang berjela. any comment?
entri yang menarik dan sesuai dijadikan rujukan bg blogger baru seperti lazaac.. terima kasih atas entri ni..