mawardee
Rakam ‘Paparan Web’ Secara Penuh
Bagi mereka yang dah biasa buat screenshot daripada skrin komputer mereka, anda tentu sudah biasa menekan ‘Print Scrn’ pada bahagian atas kanan komputer, bergantung kepada jenis papan kekunci (keyboard) anda. Biasanya, apabila anda mengambil screenshot skrin anda, anda akan mendapat paparan gambar sebagaimana berikut (perlu di paste pada Microsoft Word atau mana-mana Image Editor seperti Adobe Photoshop dan sebagainya):
Antara masalah mengambil screenshot menggunakan fungsi ‘Print Scrn’ pada mana-mana komputer adalah:
- Perlu diedit dan diubah semula menggunakan mana-mana software ‘Image Editor’ seperti Adobe Photoshop untuk membuang bahagian-bahagian yang tak perlu seperti ‘Start’ pada komputer dan sebagainya. Ini perlu dibuat jika mahu menghasilkan gambar screenshot yang lebih jelas.
- Tidak dapat mengambil screenshot/paparan keseluruhan laman web terutamanya laman web yang memanjang seperti laman web mini yang mempunyai salesletter yang panjang, blog yang mempunyai banyak paparan artikel pada satu page dan sebagainya.
Untuk mengatasi masalah ini, satu program software yang diberi nama ‘Website Snap Shot’ telah dicipta untuk mengatasi masalah ini….
4Saya Nyaris Ditipu Beli iPhone 4
Anda tentu dah tahu iPhone 4 yang dah meletup di seluruh dunia. Di samping demam bola sepak, demam iPhone 4 pun apa kurangnya. Kira-kira 600,000 orang membuat pre-order berdasarkan statistik yang diberikan. That’s why iPhone boleh dikatakan penyumbang paling banyak kepada keuntungan syarikat Apple semenjak ia diperkenalkan 2007 lepas. Lihat betapa ramainya yang berebut-rebut mendapatkan iPhone 4 :
Akhirnya, Aku Terima Nikahnya…
Perkahwinan sering digambarkan sebagai tempat untuk membina rumah tangga yang bahagia. Tapi sebenarnya di sebalik perkahwinan, terselit tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan. Perkahwinan jangan dianggap sebagai tempat yang akan banyak menghabiskan duit kita. Anggaplah perkahwinan sebagai tempat untuk bersedekah, menambah zuriat keturunan dan untuk memenuhi tuntutan separuh agama yang dinasihatkan oleh Nabi.
Alhamdulillah, pada 22 Januari 2010 yang lepas, saya sempat mengadakan majlis akad nikah dengan pasangan saya, Balqis binti Mohd Sidik di Seri Iskandar, Perak. Alhamdulillah, dapat orang Perak, saya pulak orang Terengganu. Walaupun jauh, apa salahnya. :)
159Workshop Affiliate di UIA Gombak
Sepanjang hari bertungkus lumus, akhirnya Workshop Affiliate di UIA Gombak berjalan dengan lancar. Ini je gambar yang ada sepanjang workshop tersebut :
Blog di atas adalah salah satu ulasan bagaimana workshop affiliate berlangsung.
Yes, saya memang tekankan praktikal sepanjang workshop. Namun, pengurusan masa sepanjang workshop memang mencabar kerana kehendak saya mahu semua orang ikut dengan jayanya 100%. Segala kelemahan akan diperbaiki untuk workshop di Johor dan Kuala Terengganu, supaya tiada satu orang pun tertinggal dan semuanya boleh mengikut sampai jaya.
29Affiliate – Memang Lumayan
Salam. Siapa cakap kat internet tak boleh buat duit? Buat duit HALAL lah maksud saya. Pengalaman saya selama 2 tahun lebih dalam perniagaan internet & affiliate, memang banyak mengejar saya erti penat lelah & kejayaan memang boleh dicapai oleh sesiapa pun. Melalui affiliate, saya telah berjaya menjana pendapatan yang agak lumayan. Alhamdulillah. Malah, saya pernah dapat Home Theater bernilai RM700 dengan PERCUMA! Tak percaya? Lihat gambar ni :
Mungkin ramai yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan affiliate.
Secara mudahnya, saya boleh katakan :
Anda Mempromosi Produk Orang Lain & Mendapat Komisen Bagi Setiap Jualan Yang Berlaku Melalui Hasil Promosi Anda
Sebagai contoh, produk berharga RM50, dan pemilik produk ini menawarkan komisen 50% (RM25) bagi setiap produk yang terjual melalui hasil promosi anda. Oleh itu, anda kenalah daftar sebagai agen promosi (atau juga dikenali sebagai agen affiliate) pada link yang akan ditunjukkan oleh pemilik produk tu. Berikut adalah contoh laman pendaftaran agen affiliate :
34
Sekitar Workshop ELIT 31 Oktober
Salam. Pada 31 Oktober (Sabtu lepas), saya telah membuat sesuatu yang sangat jarang dilakukan orang – memberikan ‘Bussiness In A Box’ atau ‘Bisnes Pasang Siap’ yang memberikan pelbagai tool pasang siap, pelan buat duit dan sebagainya yang boleh dipraktikkan terus. Tahun 2010 adalah tahun saya akan fokus kepada mereka yang 13 ini (lebih dari 10 kuota sepatutnya) di samping saya menjalankan projek saya yang lain (bukan seminar).
Jangan terkejut kalau mereka menjadi IM atau usahawan internet baru yang akan menempa nama 2010 nanti. Insya Allah. Ada yang dah bayar, saya terpaksa tolak kerana dah terlalu ramai. Malah yang rayu pun, saya mintak maaf sangat-sangat sebab saya terpaksa tolak atas sebab saya nak menjaga kejayaan & kualiti projek mereka agar berjaya dan saya boleh fokus kepada projek mereka dengan baik.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang workshop elit berlangsung :
Setiap peserta diberikan penerangan strategi bernilai ribuan ringgit, pelan buat duit, idea projek setiap seorang, teknikal asas & teori hebat berkenaan cara buat ebook, asas buat web, dan servis setup web lengkap yang saya sediakan. Setakat ini, saya dapati memang keberkesanannya cukup tinggi sebab sebahagian besar mereka sudah mula menjalankan projek masing-masing! Wah, malah ada yang dah nak siap pulak tu! Dalam gambar adalah (dari kiri) encik Rosdhi, bro Hafizi, bro Mus, Encik Ikhsan, Puan Habsah & Puan Rohana.
25Sedar Tak Surat Jualan Anda ____ ?
Menulis surat jualan sering dianggap mudah oleh sesetengah usahawan internet. Ada yang menyangka, jika diletakkan bonus dengan banyak dan berlambak-lambak, maka laman web anda akan menjual. Begitu juga jika diletakkan dengan harga murah, mereka menyangka produk akan terjual dengan pantas.
Menjadikan surat jualan (salesletter) sebagai ayat-ayat memujuk pelawat untuk membeli pada laman web mini, memerlukan teori & ilmu yang mencukupi.
Namun jika ilmu diperolehi tapi tak diaplikasi, maka apa yang jadi? Hanyalah tinggal abu yang tak berguna.
Bayangkan, dengan perbezaan hanya 1% dari segi kadar jualan, sudah cukup memberikan perbezaan yang sangat besar.
Baiklah. Saya bawakan contoh.
Terdapat 2 laman web yang menjual produk yang sama, dan kadar trafik yang sama (untuk mempermudahkan pemahaman). Kemudian …
8













