Archive November 2009
Affiliate – Memang Lumayan
Salam. Siapa cakap kat internet tak boleh buat duit? Buat duit HALAL lah maksud saya. Pengalaman saya selama 2 tahun lebih dalam perniagaan internet & affiliate, memang banyak mengejar saya erti penat lelah & kejayaan memang boleh dicapai oleh sesiapa pun. Melalui affiliate, saya telah berjaya menjana pendapatan yang agak lumayan. Alhamdulillah. Malah, saya pernah dapat Home Theater bernilai RM700 dengan PERCUMA! Tak percaya? Lihat gambar ni :
Mungkin ramai yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan affiliate.
Secara mudahnya, saya boleh katakan :
Anda Mempromosi Produk Orang Lain & Mendapat Komisen Bagi Setiap Jualan Yang Berlaku Melalui Hasil Promosi Anda
Sebagai contoh, produk berharga RM50, dan pemilik produk ini menawarkan komisen 50% (RM25) bagi setiap produk yang terjual melalui hasil promosi anda. Oleh itu, anda kenalah daftar sebagai agen promosi (atau juga dikenali sebagai agen affiliate) pada link yang akan ditunjukkan oleh pemilik produk tu. Berikut adalah contoh laman pendaftaran agen affiliate :
34
Sekitar Workshop ELIT 31 Oktober
Salam. Pada 31 Oktober (Sabtu lepas), saya telah membuat sesuatu yang sangat jarang dilakukan orang – memberikan ‘Bussiness In A Box’ atau ‘Bisnes Pasang Siap’ yang memberikan pelbagai tool pasang siap, pelan buat duit dan sebagainya yang boleh dipraktikkan terus. Tahun 2010 adalah tahun saya akan fokus kepada mereka yang 13 ini (lebih dari 10 kuota sepatutnya) di samping saya menjalankan projek saya yang lain (bukan seminar).
Jangan terkejut kalau mereka menjadi IM atau usahawan internet baru yang akan menempa nama 2010 nanti. Insya Allah. Ada yang dah bayar, saya terpaksa tolak kerana dah terlalu ramai. Malah yang rayu pun, saya mintak maaf sangat-sangat sebab saya terpaksa tolak atas sebab saya nak menjaga kejayaan & kualiti projek mereka agar berjaya dan saya boleh fokus kepada projek mereka dengan baik.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang workshop elit berlangsung :
Setiap peserta diberikan penerangan strategi bernilai ribuan ringgit, pelan buat duit, idea projek setiap seorang, teknikal asas & teori hebat berkenaan cara buat ebook, asas buat web, dan servis setup web lengkap yang saya sediakan. Setakat ini, saya dapati memang keberkesanannya cukup tinggi sebab sebahagian besar mereka sudah mula menjalankan projek masing-masing! Wah, malah ada yang dah nak siap pulak tu! Dalam gambar adalah (dari kiri) encik Rosdhi, bro Hafizi, bro Mus, Encik Ikhsan, Puan Habsah & Puan Rohana.
25









