Archive June 2009
Cara ‘Unsubscribe’ Produk Melalui Paypal
Assalamualaikum/ Salam sejahtera. Bagi mereka yang pernah membeli produk di internet menggunakan Paypal, anda mungkin pernah membeli produk yang anda perlu ‘subscribe’ setiap bulan. Sebagai contoh, apabila anda membeli keahlian produk X, anda perlu membayar $7 setiap bulan. Maka setiap bulan, $7 akan ditolak dari akaun anda secara automatik setiap kali cukup 30 hari, tanpa menunggu anda membuat pembayaran manual.
Tetapi, masalahnya, bagaimana jika anda terlupa produk manakah yang anda pernah beli secara ‘subscription’ bulanan? Tiba-tiba je, pada tarikh sekian-sekian, duit paypal anda ditolak kerana membeli sesuatu produk, yang anda tak ingat mana satu anda telah subscribe. Apatah lagi anda pun malas nak contact bahagian support pencipta produk tersebut, yang kadangkala memerlukan hingga 3 hari untuk mendapat respon permintaan anda untuk membatalkan unsubcription tersebut.
Jangan bimbang. Saya ada caranya. Lihat tutorial yang sediakan di bawah secara bergambar.
Langkah 1. Mula-mula, pastikan anda login (daftar masuk) terlebih dahulu ke dalam akaun anda. Kemudian, anda perlu membuat seperti berikut :
Langkah 2 :
Langkah 4 :

Langkah 5 : Siap! Jika pembatalan subscription produk anda berjaya, anda akan mendapat paparan berikut :
Semoga tutorial ringkas ini, membantu sedikit sebanyak.
Blog Baru Mawardee di Sini !
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Akhirnya dengan niat penuh azam baru & memberikan nafas baru kepada perniagaan & rangkaian perniagaan saya yang biasa-biasa ni
saya telah pun membina blog baru.
Blog saya yang lama iaitu http://blogsendiri.com/blog adalah asalnya tertumpu kepada panduan buat blog, tapi disebabkan saya punya bidang bukan semata-mata blog, tetapi kepada internet marketing, grafik, niche & jualan MRR, maka saya rasa blog tersebut sudah tak sesuai untuk branding nama saya ni. Hehe
Saya menjangkakan pelbagai info baru samada asas atau advance untuk dikongsi di sini. Jadi bersedialah menghadapi ‘overload information’! Haha, tak ada masalah lah. Kesemuanya jika dipraktikkan, akan membawa hasil yang baik. Tapi jika ada kuasa fokus, anda akan mendapat hasil yang lebih menakjubkan.
Menambah ilmu & berfikir, akan merangsang otak kita dan mengaktifkan sinapsis antara saraf-saraf otak – jadi lambat la anda nyanyuk dan taklah otak tu jadi beku. Ye tak?
Sebenarnya saya belum lagi mempromosi blog ni, tapi dah ada yang datang. Saya ucapkan selamat datang. Bila semuanya dah ready, saya akan promosikan blog ini kepada umum. Maybe selepas exam terakhir saya semester ni pada 20 Jun 2009, saya akan mula promosi besar-besaran.
11










