Jangan Pakai HostGator


Bagi mereka yang berniaga di internet mahupun buat duit dengan blog serta apa saja yang berkaitan, saya sarankan anda guna hosting berbayar. Kalau anda hanya guna blogspot (www.blogger.com) dan lain-lain platform percuma, anda telah merisikokan nama perniagaan dan laman web anda.

Saya tak kata menggunakan platform percuma di atas, menyebabkan kita tak boleh buat duit. Bukan. Bukan begitu. Malah, saya dah jumpa mereka-mereka yang dah buat duit dengan hanya menggunakan blogspot.

Tapi, malangnya, antara yang saya selalu dengar, ada orang dah buat duit dengan blogspot, kemudian tetiba je pihak Google (yang telah membeli blogger.com/ blogspot.com) menutup blog tersebut, menghalang akses masuk sebagai admin dan

Baca Lagi Di Sini

0

10 Cara Buat Duit Dengan Cuti Santai (Siri 2)

Oklah. Sebelum ni saya dah cerita panjang pasal apa itu Cuti Santai dan pengalaman berharga saya melaluinya. Alhamdulillah, selepas 1 hari Cuti Santai, saya sempat bersama isteri saya melahirkan anak pertama saya. Itu adalah kenangan yang saya takkan lupakan. Baiklah, straight to the point, ini adalah 10 idea buat duit dengan Cuti Santai.

10 Idea Buat Duit Dengan Cuti Santai

Ini antara yang saya sempat senaraikan :

1. Tawarkan servis buat ‘kad bisnes’ untuk bakal para peserta Cuti Santai. Sudah tentu dalam membina networking dan perkenalan dengan ramai usahawan internet di sana, anda perlukan ‘kad bisnes’ yang membolehkan anda memperkenalkan diri anda dan perniagaan anda. Anda boleh tawarkan servis buat ‘kad bisnes’ yang cepat (kadangkala mereka ni nak buat last-minute sebab sibuk sangat), kad bisnes yang mempunyai kalendar di belakang atau kad bisnes yang turut berfungsi sebagai voucher kupon untuk produk atau perniagaan anda. 

Baca Lagi Di Sini

0

10 Cara Buat Duit Dengan Cuti Santai (Siri 1)

Bagi mereka yang belum tahu apa itu Cuti Santai, mungkin saya perlu cerita sikit sebelum saya memberikan anda 10 idea yang anda boleh praktikkan samada sebelum, semasa atau selepas Cuti Santai.

Apa Itu Cuti Santai?

Cuti Santai kalau secara skemanya adalah satu kumpulan usahawan internet yang berkumpul secara santai untuk mengadakan aktiviti seperti ceramah, membina hubungan perkenalan dan membuka ruang kerjasama secara tak formal antara usahawan. Ini gambar saya menyertai Cuti Santai pada tahun lepas (2010) :

Di situlah saya mendapat inspirasi, semangat, ilmu dan yang paling penting adalah kawan-kawan. Jika hidup terlalu tension, tentunya banyak benda akan jadi tak kena dan mutu kerja pun tak seberapa.  

Baca Lagi Di Sini

0

Ayat Pertama WAJIB Dihindari Ketika Memulakan Ucapan Awam

ucapan awam untuk dummiesMungkin tak banyak seminar yang saya hadiri dan saya sendiri anjurkan sejak kebelakangan ini. Masih banyak yang saya perlu pelajari dalam memberikan ucapan mahupun membuat pembentangan. Dalam artikel kali ini, saya rasa perlu untuk saya sebutkan di sini SATU kesilapan yang selalu dilakukan oleh pemberi ucapan mahupun pembentang, terutamanya dalam ucapan/ ceramah/ pembentangan perniagaan, iaitu …

1. Sejak dari bangku sekolah lagi, saya agak kerap berada di pentas. Namun mula menonjolkan diri sebagai pengerusi majlis sejak awal sekolah menengah dan mempertajamkan praktikal pengucapan terima kasih kepada badan pengawas yang memberikan saya ruang dan peluang.

2. Namun, setelah menamatkan sekolah menengah, barulah saya belajar serba sedikit kesilapan demi kesilapan yang saya lakukan. Dan alhamdulillah, pengucapan berjaya diperbaiki dari semasa ke semasa. Melalui pembacaan sejak beberapa tahun lepas, saya mula menyedari ada satu ‘ayat yang selalu diucapkan’ oleh ramai penceramah, pembentang mahupun pemberi ucapan awam, yang saya perhati hatta mereka yang sudah terkenal pun melakukan kesalahan yang sama.

Baca Lagi Di Sini

0

7 Tips Pemasaran Email Gempak

Salam. Sering kali kita dimomokkan dengan pemasaran email sebagai satu cara untuk membuat duit dengan pantas dan dalam masa  jangka panjang. Pasti sudah ramai yang faham dengan ‘term’ pemasaran email atau email marketing. Lambakan produk baru-baru ini pasal email marketing, sedikit sebanyak memberikan kita ‘kehangatan semula’ terhadap kuasa yang ada pada pemasaran email.

 

Apa Itu Email Marketing (Pemasaran Email) ?

Sebagai memudahkan perkataan, ianya adalah ‘satu cara promosi dan pemasaran dengan menggunakan email sebagai platform untuk berhubung dengan bakal pelanggan & pelanggan tetap anda’. Masakan tidak, walau bagaimana canggih pun sosial media seperti Facebook dan Twitter, namun email masih menjadi cara utama sebahagian besar daripada kita sebagai cara berhubung di internet, mahupun mendapatkan maklumat dari mereka yang kita daftar sebagai ‘subscriber’.

7 Tips Penting Pemasaran Email

Ada beberapa perkara asas yang anda kena tahu melalui teknik pemasaran menggunakan email ini, sebelum anda boleh memulakan kerja-kerja berkaitan teknik hebat ini:

Baca Lagi Di Sini

15

Hasilkan Tips Bahasa Inggeris Dalam 1 Klik

Salam hormat. Nampaknya dah lama saya tak berkongsi artikel di sini. Kesibukan dengan pembukaan ofis dan beberapa projek, sedikit menghalang saya untuk meneruskan keseronokan ini. Azam juga faktor penting untuk penulisan yang konsisten.

Oleh kerana saya salah seorang IM yang ‘obses’ dengan software dan aplikasi, hari ini saya menyentuh sikit pasal software terbaru di luar sana, yang saya SANGAT pasti ramai IM / Usahawan Internet Malaysia belum mengetahuinya.

Email Dari Orang Baik Hati

Hari ini, saya menerima satu email dari Jonathan Leger, salah seorang legenda dunia IM (internet marketing) antarabangsa yang terkenal dengan software-software hebatnya, kini memberikan secara PERCUMA satu aplikasi – yang beliau jadikan sebagai sumber derma kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sendiri dalam apa bidang pun di seluruh dunia.

Apa Itu Kiva.com ?

Jika anda masih belum pernah dengar pasal KIVA (kiva.com), sebenarnya ia adalah satu web yang memberi kemudahan kepada orang biasa untuk memberikan pinjaman perniagaan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan, dengan modal pinjaman minimum serendah $25 (kira-kira RM 74).

Yalah, tak perlulah buat satu dana khas sehingga puluhan ribu ringgit. Cukuplah bermula dengan sedikit, sudah cukup untuk mereka mengumpul sehingga mencukupi apa yang mereka inginkan. Yang menariknya, sebab mereka yang meminjam, akan membayar balik wang kita … dan 98.5% daripada mereka BERJAYA membayar balik dalam tempoh berapa bulan yang mereka janjikan.

Apa Kaitan Kiva dengan Software Milik Jonathan Leger Ini?

Baca Lagi Di Sini

0

Masa Depan Affiliate 2011?

Apa Erti Tahun Baru 2011 Bagi Seorang Affiliate

Pertamanya, saya nak ucap selamat tahun baru 2011 kepada para usahawan internet, penggiat ebay, para penjual ebook, para pemerhati dan terutamanya para affiliate. Semoga tahun baru 2011 akan membuka lembaran baru dalam hidup kita.

Macam biasa, kita harus tanamkan azam di awal tahun baru sebegini. Tetapi apa guna azam jika tiada apa yang dilakukan. Pasal jenis azam pula, saya lebih suka sarankan anda berazam bukan pada kata-kata terlalu umum dan tidak jelas seperti:

“Azam 2011 saya nak buat duit dengan banyak”

“Tahun ni saya berazam nak lebih berjaya dalam perniagaan.”

Bukanlah salah menuturkan azam sebegini, tetapi ianya terlalu umum. Bukankah lebih baik bagi seorang affiliate untuk menetapkan azam seperti:

“Tahun 2011 saya nak jana RM1,000 sebulan dengan affiliate dan mengumpul 2,000 list

“Azam saya tahun ni saya nak promosi di FB hingga mendapat 5,000 fans”

“Tahun ni nak lancar 2 ebook berkualiti dengan taraf mega launch”

Atau apa saja azam yang spesifik dan realistik. Sekurang-kurangnya, ia memberikan kita gambaran dan visual yang jelas apa yang kita hendak capai. Semakin jelas visual gambaran tersebut, semakin dekat kita dengan cita-cita tersebut. Haha, berlagak macam pakar motivasi pulak. Tapi itulah perkara penting yang kita mesti titikberatkan.

Jika tidak, azam akan terus jadi azam. Tiada apa yang boleh membantu kita, kecuali azam yang jelas serta doa + tawakkal.

Affiliate di Malaysia

Perkembangan bidang affiliate di Malaysia nampaknya semakin berkembang. Walaupun ramai yang tahu affiliate sebagai berikut: 

Baca Lagi Di Sini

30

Saya yang dikenali sebagai Mawardee dalam dunia internet, mula mengorak langkah sebagai usahawan internet sejak 2007 pada usia 21 tahun. Kini dengan pelbagai kejayaan dalam dan luar negara dengan pelbagai model perniagaan internet, buat duit dan servis, beliau mula aktif berkongsi ilmu kepada umum, antaranya melalui perkongsian di blog ini.

Ebook 5k PERCUMA!

Dapatkan Laporan "Rahsia 5k" Yang Mendedahkan Bagaimana Saya Menjana RM5,850 Sebulan Secara PERCUMA.

Privasi anda keutamaan kami.



Ops, anda TIDAK boleh salin atau tiru artikel ini TANPA kebenaran saya!

Jika berminat untuk gunakan artikel atau imej di sini, sila mohon kebenaran dengan daftar borang di bawah ini:


Powered by Right Click Popup